• ssmy-zone-1768549884-Cover-Iqra
  • ssmy-zone-1768549884-Cover-Iqra (1)
  • Blurb-Iqra-2
  • Blurb-Iqra-3
1

Iman Publication

[IMAN] Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden (Z14,Y46)

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

ISBN: 9786299628583

Penerbit: IMAN Publication

Muka Surat: 264 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.40 kg

Dimensi (cm): 2 cm x 21 cm x 15 cm


SINOPSIS


Di tengah kepesatan maklumat dan kebangkitan kecerdasan buatan (AI), manusia hari ini mendapati diri mereka terperangkap dalam satu paradoks: kita memiliki segalanya untuk tahu, namun kehilangan upaya untuk memahami. 

Apabila setiap isu menjadi medan perdebatan tanpa sempadan, suara kebenaran sering kali tenggelam dalam naratif yang bercanggah dengan fitrah dan moral masyarakat. Di manakah letaknya kebenaran? Mengapa manusia semakin mahir berkata-kata, namun semakin hilang ketertiban dan adab dalam berfikir? 

Iqra', sebuah seruan sejak 1,400 tahun lalu, mengajak kita kembali kepada bukan sekadar pembacaan, tetapi sebuah metodologi fikir yang memulihkan kecelaruan minda. Inilah jalan menuju ilmu rushda; ilmu yang bukan sekadar mengisi kepala, tetapi menyuluh jalan pulang menuju kebenaran, keseimbangan, dan kemanusiaan yang kian pudar.