Karya PiS
[KARYA PIS] Kisah Nabi Ibrahim, Lut, Shu’ayb, Isma’il, Ishak & Ya’qub # (L50,BL49)
- Regular price
- RM 57.80
- Sale price
- RM 57.80
- Regular price
-
RM 68.00
Share
Tajuk: Kisah Nabi Ibrahim, Lut, Shu’ayb, Isma’il, Ishak & Ya’qub
ISBN: 9789672910596
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Muka Surat: 602 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir)
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.775
Dimensi (cm): 13.9 cm x 3.2 cm x 21.5 cm
SINOPSIS
Buku ini merupakan siri terjemahan karya agung kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Imām Ibn Kathīr). Ia menyajikan sirah enam orang Nabi yang saling berkait rapat: Nabi Ibrāhīm, Lūṭ, Shuʿayb, Ismāʿīl, Isḥāq, dan Yaʿqūb.
Kisah ini bermula dengan Nabi Ibrāhīm al-Khalīlu-Llāh (Kekasih Allāh), yang bangkit menentang penyembahan berhala dan berdebat dengan ayahnya, kaumnya yang menyembah semesta alam dan berhala-berhala serta Raja Namrud yang mendakwa dirinya sebagai tuhan. Pembaca akan menyingkap kisah ajaib bagaimana Nabi Ibrāhīm diselamatkan daripada dibakar dalam api.
Daripada keturunan Nabi Ibrāhīm, lahirnya nabi agung yang lain, termasuklah kisah penyembelihan Nabi Ismāʿīl dan khabar gembira kelahiran Nabi Isḥāq dan Nabi Yaʿqūb.
Buku ini juga menceritakan perjuangan Nabi Lūṭ menentang kaum yang melakukan perbuatan keji (hubungan sejenis), yang berakhir dengan pembinasaan kota mereka dengan diangkat dan diterbalikkan, dihujani batu sijjīl. Turut dimuatkan kisah Nabi Shuʿayb, yang digelar Khaṭīb al-Anbiyāʾ (Pemidato para Nabi), yang menyeru kaum Madyan yang zalim kerana mengurangkan timbangan dalam urusan jual beli (taṭfīf), sebelum mereka dibinasakan dengan gempa bumi dan pekikan suara.
Keenam-enam kisah ini, apabila dibaca bersama, menghadirkan panorama besar perjuangan para nabi yang menyeru manusia kepada keadilan, kesucian, dan pengabdian hanya kepada Allāh semata-mata. Setiap halaman membawa pembaca menyaksikan pergelutan antara keimanan dan kekufuran, antara tauhid dan syirik, antara kebenaran dan kesombongan. Ia bukan sekadar kisah untuk dibaca, tetapi panduan untuk direnung—bagaimana seorang anak berhujah penuh kasih dengan ayahnya yang musyrik, bagaimana seorang nabi memohon keampunan untuk ayah yang menolak kebenaran, dan bagaimana kesetiaan kepada Allāh mengatasi segala hubungan darah dan bangsa.
Seperti biasa, siri kisah para Nabi ini dihuraikan secara terperinci berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis, juga riwayat-riwayat yang telah dikumpulkan dan disaring oleh tokoh ulama tafsir dan pakar sejarah Islam, Imam Ibn Kathir -rahimahullah-.
Terjemahan ini diusahakan dengan penuh teliti berdasarkan edisi tahkik Dr. ʿAbd Allāh bin ʿAbd al-Muḥsin al-Turkī, dengan bahasa Melayu moden yang segar, menghidupkan semula kisah-kisah klasik agar dapat dirasai oleh generasi hari ini.
Bagi sesiapa yang ingin memahami bagaimana Islam menegakkan tauhid di tengah-tengah kegelapan syirik, atau ingin menyelami akar sejarah umat melalui para nabi pilihan Allāh—buku ini adalah pintu masuk yang mesti dibuka.