• 243
  • 244
  • 245
  • 246
1

Penerbit USM

[PENERBIT USM] Pendekatan Ilmu Balaghah Terhadap Ayat Rukyah dalam Terapi Psikospiritual Islam # (L65)

Regular price
RM 31.45
Sale price
RM 31.45
Regular price
RM 37.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Pendekatan Ilmu Balaghah Terhadap Ayat Rukyah dalam Terapi Psikospiritual Islam

ISBN: 9789674619985

Penerbit: Penerbit USM

Muka Surat: 124 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Mohd Khairul Akhbar Jahiruddin, Mohd Afifuddin Mohamad, Rushdi Ramli, Mohammad Taqiuddin Mohamad

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.239 kg

Dimensi (cm): 24 cm x 16.5 cm x 0.7 cm


SINOPSIS

Buku ini mengupas secara mendalam analisis terhadap ayat-ayat ruqyah syar‘iyyah yang diamalkan dalam perubatan Islam, khususnya oleh Persatuan Pengubatan, Perubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’), dari perspektif balaghah bahasa Arab. Fokus buku ini tertumpu kepada 15 rukyah yang bersumberkan hadis dan doa ma’thur, tidak termasuk ayat-ayat al-Quran. Melalui penggunaan pendekatan ilmu ma‘āni, buku ini menonjolkan keunikan gaya bahasa yang diterapkan dalam ayat-ayat rukyah dan penyesuaiannya dengan jenis penyakit serta masalah yang dirawat.

Antara gaya balaghah yang dibincangkan di dalam buku ini termasuk gaya tawkid (penegasan), uslub amr (gaya perintah), uslub fasl dan wasl (gaya penghubung dan pemisah) serta penggunaan nakirah dan makrifah. Buku ini turut membincangkan elemen takrar (pengulangan) sebagai salah satu cara mustajab untuk menghasilkan kesan terapeutik kepada pesakit dengan izin Allah SWT.

Buku ini turut menawarkan pandangan baharu kepada pengamal perubatan Islam, pelajar dan sesiapa yang berminat untuk mendalami hubungan antara seni bahasa Arab dan terapi psikospiritual. Pendekatan Ilmu Balaghah Terhadap Ayat Rukyah dalam Terapi Psikospiritual Islam adalah sumber berharga bagi memahami cara keindahan retorik bahasa Arab menyokong usaha rawatan rohani dan fizikal melalui ruqyah syar‘iyyah.