Firdaus Press Publication
[FIRDAUS PRESS] Kuasai Prompt (L114)(BL93)
- Regular price
- RM 34.20
- Sale price
- RM 34.20
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Tajuk: [FIRDAUS PRESS] Kuasai Prompt (L114)(BL93)
ISBN: 9786297788470
Penerbit: Firdaus Press
Muka Surat: 140 m/s
Halaman: Berwarna
Penulis: Dr. Suhailah Mohamed Noor
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.23kg
Dimensi (cm): 1cm x 21cm x 15cm
SINOPSIS
AI bukan lagi sekadar teknologi masa depan. Ia kini hadir di hujung jari kita semua. Persoalannya, adakah kita benar-benar memimpin AI, atau sekadar membiarkan AI memimpin kita?
Kuasai Prompt: Seni Memimpin AI untuk Pelajar IPT ditulis khusus untuk mahasiswa, namun mesejnya merentasi sempadan usia dan peringkat. Sama ada anda pelajar, guru, pensyarah, pendidik atau profesional, buku ini membimbing cara menggunakan AI secara bijak, beretika dan bertanggungjawab.
Melalui empat zaman metafora pembelajaran, daripada kayu dan kertas, keajaiban AI, kesedaran celik AI, hingga ke tahap menjadi pemimpin AI. Buku ini mengajak pembaca menelusuri perjalanan membina literasi AI yang seimbang antara ilmu, nilai dan kemahiran.
Setiap bab dipenuhi kisah yang dekat dengan dunia pelajar, Tips Dr Sue yang praktikal dan Refleksi Mini yang mengasah daya fikir. Sebagai pelengkap, lampiran khas disediakan sebagai starter kit: panduan praktikal menulis prompt, teknik menilai jawapan AI, serta bonus prompt untuk projek tahun akhir.
Buku ini bukan manual teknikal yang kaku, tetapi sebuah perjalanan membina fikiran kritis dan jiwa yang matang dalam menghadapi dunia AI. Jika anda mahu belajar dengan hati dan memimpin teknologi dengan fikiran, inilah buku anda.