• 348
  • 349
  • 350
  • 351
1

HR Distributor

[HR DISTRIBUTOR] Dendam Hari Neraka # (L4)

Regular price
RM 37.90
Sale price
RM 37.90
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Dendam Hari Neraka

ISBN: 9786299589907

Penerbit: HR DISTRIBUTOR

Muka Surat: 642 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Dini Hanani, Hafizuddin Ghazali, Pena Merah

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.572 kg

Dimensi (cm): 20.3 cm x 12.6 cm x 4.6 cm


SINOPSIS

Permainan Maut – Hafizuddin Ghazali

Dia berlari dan terus menendang Jamil yang sedang memukul belakang kepala Hafzan dengan periuk. Tersembam Jamil di lantai. Syamsul menarik kolar baju dan terus mencekik kolar baju Jamil. Syamsul memandang Jamil tajam. Bukan tangan Jamil yang akan menamatkan riwayat Hafzan. Hanya tangannya saja yang boleh menamatkan mereka semua.

Jamil menempis tangan Syamsul kasar. Dadanya berombak. Bukan dia mahu membunuh Hafzan. Dia mahu menyelamatkan Arifin yang wajahnya sudah membiru. Kalau mati tadi, siapa hendak bertanggungjawab.

Dendam – Pena Merah

“Kita naik atas dua tengok. Macam mana?” – Adam

“Kau gila nak naik? Bunyi tu kuat kut! Dah macam bunyi badan jatuh atas lantai.”- Danish

“Kau ni cubalah berani sikit.” – Adam

Adam dan Danish binggung dengan gangguan-gangguan yang mereka alami. Makhluk-makhluk itu semakin kerap memunculkan diri sehingga pada akhirnya Zahid membongkar satu rahsia yang cukup mengejutkan.

Kuarters Lama – Dini Hanani

“Eh, siapa kau? Berani kau menceroboh ke dalam rumah aku! Pergi keluar sekarang!”

“Lupa atau buat-buat lupa? Mak Yam betul tak kenal siapa aku?”

Kenangan lama yang penuh dengan derita, dia sematkan dalam kepala. Trauma itu singgah bila-bila masa, dan akhirnya ia menjadi sebuah dendam.