Idea Kreatif
[IDEA KREATIF] Yes! Tuan Arayqarl (Y53,L114)
- Regular price
- RM 32.40
- Sale price
- RM 32.40
- Regular price
-
RM 36.00
Share
Tajuk: Yes! Tuan Arayqarl
ISBN: 9789672803959
Penerbit: Idea Kreatif
Muka Surat: 793 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: WNFHANNA
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.60 kg
Dimensi (cm): 4 cm x 18 cm x 12 cm
SINOPSIS
ZHARYAN ARAYQARL - seorang juruterbang muda yang kacak dan menjadi kegilaan ramai wanita. Dia juga adalah pewaris Zullian Airlines.
ZIYYA ADELIA - seorang juruterbang wanita yang berjaya memecah tradisi apabila diterima masuk sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Zullian.
Namun, satu kejadian yang berlaku antara Arayqarl dan Adelia telah mencetuskan krisis sehingga Arayqarl terpaksa menerima hukuman.
“Dari awal kalau aku tahu kau join Zullian, aku dah minta pihak atasan tarik balik offer letter kau tu.” - ARAYQARL
“Apa maksud Tuan?” - ADELIA
“Kaulah punca aku kena hadap muka kau pagi ni.” - ARAYQARL
Arayqarl sering memperlekehkan usaha Adelia. Ada sahaja arahan yang tidak masuk akal untuk membalas dendam. Walau bagaimanapun, Adelia, tetap sabar dan patuh menuruti semuanya.
“Saya sedia terima apa sahaja arahan dari tuan.” - ADELIA
“Betul kau sedia terima apa sahaja?” - ARAYQARL
“Yes! Tuan Arayqarl. Apa sahaja.” - ADELIA
Tetapi, ianya bukan mudah bagi Adelia untuk berdepan dengan Arayqarl. Setiap arahan dan teguran menguji kesabarannya.
Adakah Adelia mampu mengekalkan profesionalisme?
Dan, adakah Arayqarl masih mampu terus berdendam apabila hatinya sendiri mulai goyah setiap kali berhadapan dengan Adelia?