Prolog Media
[PROLOG MEDIA] Mesej (Z2)
- Regular price
- RM 40.50
- Sale price
- RM 40.50
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Tajuk: Mesej
ISBN: 9789671321126
Penerbit: Prolog Media
Muka Surat: 604 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Anna Lee
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 1.32 kg
Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm
SINOPSIS
“Satu lukisan, dua dimensi masa, dan sebuah janji yang melangkaui dekad.”
Semenjak berpindah ke apartmen baharu, Aria selalu diganggu dengan bunyi-bunyian yang tidak enak. Awalnya dia fikir semua bunyi yang mengganggu itu datang dari unit sebelah, tetapi sebenarnya semua bunyi itu datang dari rumahnya sendiri.
Takut? Siapa yang tidak? Aria sampai meminta rakannya memanggil ustaz untuk menghalau ‘hantu’ itu keluar. Namun daripada rasa takut, timbul jadi tanda tanya. Dari situ, perkenalan antara Aria dan Jason bermula.
Jason. Itu ‘hantu’ di rumah Aria. Dia mendakwa berada di unit yang sama, cuma bukan di Kuala Lumpur tetapi Paris. Komunikasi yang bermula dengan rasa takut lama-lama menimbulkan keselesaan tanpa dijangka. Kejengkelan yang berlaku di pejabat dek ketua bahagiannya yang cerewet, Nik, menjadikan Jason tempat dia meluahkan perasaan.
Lama berbual tanpa bersua muka, satu janji temu dibuat. Gerai Boost di KLIA.
Jason mencari gerai yang dijanjikan hampir separuh hari, tapi tak kunjung jumpa. Aria bertanya mengenai nombor tiket penerbangan jejaka itu, namun sebenarnya tiket itu tidak pernah wujud.
Sampai mereka akhirnya sedar. Yang memisahkan rupanya bukan cuma jarak, tetapi masa.
Antara dua garis masa yang bergerak selari tapi tak kunjung bersilang, mampukah hubungan cinta mereka bersatu? Di manakah Jason pada hari ini?