RINSYA
[RINSYA] Chosen Gently (BL107)
- Regular price
- RM 43.20
- Sale price
- RM 43.20
- Regular price
-
RM 48.00
Share
Tajuk: Chosen Gently
ISBN: 9789672813927
Penerbit: Rinsya Chasiani
Muka Surat: 556 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Liohayes
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.58 kg
Dimensi (cm): 4.5 cm x 20 cm x 12.5 cm
SINOPSIS
Bagaimana kehidupan seorang gadis malang bersama seorang lelaki yang bergelar hebat?
Iris Jasmina, dia bukanlah anak yang dibanggakan. Dalam keluarga sendiri, Iris dibenci oleh ibu dan adik perempuannya tanpa sebab yang jelas. Makian, hinaan dan pergaduhan sudah jadi makanan seharian Iris. Mungkin kerana Iris tidak sepintar Puteri Qalisya, atau tidak mampu membanggakan orang tua mereka? Namun di sebalik derita hatinya, Iris membesar sebagai seorang gadis yang mampu berdikari.
Apabila Tan Sri Rahman merancang perkahwinan Puteri dengan pilihan hati, segalanya runtuh saat Puteri membantah sekeras-kerasnya. Dia masih mahu mengejar dunianya sendiri.
“Cita rasa I bukan macam tu. Apa kata papa satukan anak papa tu dengan pilihan papa.” - Puteri Qalisya.
Iris… menjadi galang ganti.
“Iffat.” - Dato’ Iffat Hezryn. Pandangannya tajam, sikap yang tenang, dan aura dominan.
Iffat lelaki berprinsip dan bijak memanipulasi. Dan Iris yang polos dan sering merendahkan diri. Dua jiwa yang disatukan bukan atas dasar cinta. Di sebalik hubungan yang terbina, ada rahsia besar yang tersembunyi.
Adakah hubungan mereka bakal berkekalan? Atau hanya mampu hancur setelah segalanya terbongkar?
“I tak menafikan apa I rasa. I terima you seluruh hati I, Iris Jasmina.” -Dato’Iffat Hezryn.