RINSYA
[RINSYA] Kerana Aku Cinta (L106,Z2,Y52)
- Regular price
- RM 36.90
- Sale price
- RM 36.90
- Regular price
-
RM 41.00
Share
Tajuk: Kerana Aku Cinta
ISBN: 9789672813897
Penerbit: Rinsya Chasiani
Muka Surat: 429 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Peochies
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.43 kg
Dimensi (cm): 3 cm x 20 cm x 12 cm
SINOPSIS
Sebuah percutian singkat bersama sahabatnya, Anabella Adelia, mempertemukan Orkid Malika dengan lelaki yang membuat hatinya bergetar. Hanya sekali pandang, Justin Aditya, jejaka Indonesia yang berkarisma itu meluluhkan perasaan Orkid. Namun, perasaan indahnya menjadi racun apabila Orkid menyedari Justin menyimpan perasaan buat Anabella.
Orkid mencintai dari jauh, berharap dan menanti tanpa suara. Dalam usahanya untuk mendapatkan cinta Justin, dia mula mengabaikan dan menyakiti mereka yang berada di sisinya. Persahabatan dengan Anabella renggang. Kepercayaan mula goyah.
Dalam kemelut itu, muncul seorang lelaki bernama Darius Haris. Lelaki pendiam yang selama ini hanya menjadi bayang dalam hidup Orkid. Darius sentiasa ada mendengar setiap luahan, menjadi saksi air mata, dan menampung retakan jiwa Orkid.
Namun sayangnya, Orkid terlalu tenggelam dalam cinta yang tak pasti, hingga tidak sedar dengan permata yang berada tepat di hadapan mata.
“Beri aku peluang untuk buat kau bahagia, Orkid.” – Darius Haris
Segalanya mula runtuh apabila rahsia terbesar Orkid terbongkar. Justin marah. Anabella kecewa. Hanya kerana seorang lelaki, dia kehilangan seorang sahabat sejati. Dua insan yang paling disayangi kini membencinya. Orkid hilang arah kerana terluka oleh cinta yang dia kejar, dan buta terhadap kasih yang selalu menerima dirinya tanpa syarat.
“Kamu bohongi aku!” – Justin Aditya
“Kau yang paksa aku untuk buang kau, Orkid! Kau!” – Anabella Adelia
Adakah Orkid mampu menebus kesilapan lalu? Atau sudah terlambat untuk dia sedar siapa yang paling penting dalam hidupnya?