• WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (91)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (92)
1

RINSYA

[RINSYA] Second Chance For You(L105)

Regular price
RM 36.90
Sale price
RM 36.90
Regular price
RM 41.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Second Chance For You

ISBN: 9789672813910

Penerbit: Rinsya Chasiani

Muka Surat: 408 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Mia Azwari

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.41 kg

Dimensi (cm): 3 cm x 20 cm x 12 cm



SINOPSIS

Bergelar ibu tunggal bukan satu perkara yang mudah. Kesan dari penceraian yang lepas, anak-anak yang menjadi mangsa. Demi Muiz dan Marissa, Akma nekad membahagiakan mereka.  Ketika dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital swasta, takdir menemukan dia dengan seseorang. Lelaki yang dia mahu elak disebabkan rasa bersalah sejak zaman sekolah.  

“Kau… kau… Wazir?”- Akma 

“Akhirnya kau ingat nama aku.”- Wazir 

Akma semakin rasa rendah diri melihat kejayaan Wazir. Lelaki itu bukan lagi pengecut seperti di zaman sekolah. Sikap dingin Wazir membuatkan Akma banyak makan hati. Siapa sangka sekarang lelaki itu bergelar doktor.  Kemunculan bekas suaminya di tempat kerja, menambahkan lagi masalah Akma. Hanya disebabkan Akma menuntut hak nafkah anak-anak, dia diserang oleh bekas suaminya. Dan ketika itulah Wazir hadir untuk menghulurkan bantuan.  

“Aku takut, Wazir. Macam mana kalau dia sakitkan anak-anak aku? Bapak dan mak aku. Itu yang buat aku takut.”- Akma 

“Aku ada.”-Wazir  

Sekelip mata sikap Wazir berubah. Semuanya disebabkan salah faham yang terlerai selepas lebih 10 tahun mereka terputus hubungan. Kali ini Wazir nekad membahagiakan Akma.  

“Err… kau memang nak kahwin dengan aku ke? Tak nak pusing-pusing dulu.”- Akma 

“Kau jangan nak ubah fikiran. Jawapan aku tetap sama. Aku hanya nak kahwin dengan kau.”- Wazir  

Mampukah Wazir merealisasikan impiannya bersama Akma? Dan benarkah peluang kedua masih wujud untuk Akma dan anak-anak menikmati rasa bahagia?