• WHITE BACKGROUND (64)
1

Tentang Kita Sdn Bhd

[TENTANG KITA] Sekadar Pernah (L113)

Regular price
RM 44.10
Sale price
RM 44.10
Regular price
RM 49.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Sekadar Pernah

ISBN: 9786297722504

Penerbit: Tentang Kita

Muka Surat: 178 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Hafizul Faiz

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.17 kg

Dimensi (cm): 1cm x 19cm x 13cm


SINOPSIS

Maafkan saya. Saya bersalah kerana menjadi penulis yang sering memberitahu hal-hal yang menyedihkan tentang hidup. Pernah suatu ketika pembaca bertanya, bagaimana mahu keluar dari luka? Saya memberitahu; hidup dan luka ialah teman seiringan. Hidup hanyalah perjalanan kita melalui luka demi luka. Tak ada jalan keluar.

Pembaca itu kaku mendengar jawapan saya. Kenapa semudah itu saya menjawab? Fikirlah dulu. Tapi begitulah saya. Saya tak mampu menjawab apa yang saya tidak percaya.

Seperti buku ini. Maaf, sekali lagi saya memberitahu hal yang paling menyedihkan tentang hidup. Bahawa hidup hanya sekadar pernah. Baik orangnya, detiknya, sehingga ombak di pantai yang mengenai kaki kita itu pun, hanya sekadar pernah. Tidak akan ada lagi ombak yang sama mengenai kaki kita. Tidak ada!

Semuanya pasti akan menjadi pernah bila sampai masanya. Buku ini juga. Buku yang sekadar mengumpul sepilihan tulisan saya yang berusaha memaknai apa yang pernah dalam hidup saya.

Tiada siapa pernah benar-benar bersedia untuk melepaskan, termasuklah saya. Buku ini buktinya.