PTS Publishing House Sdn. Bhd.
[PTS] Upgrade Diri
- Regular price
- RM 34.20
- Sale price
- RM 34.20
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Tajuk: Upgrade Diri
ISBN: 9786294931107
Penerbit: PTS Publishing House
Muka Surat: 332 m/s
Halaman: Berwarna
Penulis: PREBAGARAN JAYARAMAN, SITALECHMI SINGARAM
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.375 kg
Dimensi (cm): 19.5 cm x 13.5 cm x 2 cm
SINOPSIS
Bagaimanakah individu yang kelihatan biasa-biasa mampu mencapai kejayaan luar biasa?
Dan bagaimana pula mereka yang telah berada di puncak kejayaan terus kekal relevan dalam dunia baharu yang penuh cabaran?
Upgrade Diri membongkar kisah benar 12 individu luar biasa, semuanya kenalan peribadi Dr. Praba yang pernah mengikuti kursus kendalian beliau. Mereka bukan sekadar bercakap tentang perubahan, tetapi bertindak. Ada yang bermula dari bawah, belajar sambil bekerja, membina kemahiran baharu, dan akhirnya diiktiraf sebagai pemimpin. Ada pula yang telah berjaya, namun tetap memperkasa diri untuk mencipta kejayaan dalam bidang baharu yang lebih mencabar.
Ditulis oleh pasangan suami isteri-Dr. Praba, pakar pembangunan modal insan bertaraf antarabangsa, dan Cikgu Sita, guru Bahasa Melayu berpengalaman lebih 34 tahun, buku ini menawarkan panduan praktikal berteraskan kearifan tempatan, diperkukuh dengan peribahasa Melayu yang kekal relevan dalam dunia moden.
Upgrade Diri merupakan seruan untuk bertindak bukan sekadar sumber inspirasi. la merupakan seruan untuk bertindak, kerana kejayaan sebenar bukan hanya mencapainya, tetapi juga mengekalkannya dengan nilai, etika, dan semangat pembelajaran sepanjang hayat.