• Square Photo (5)
1

Pelita Dhihin

Kisah Para Wali: Episod dari Tazkirat Al-Auliya #(L42)

Regular price
RM 20.40
Sale price
RM 20.40
Regular price
RM 24.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Para Wali Allah tidak terkenal dengan kegagahan pada fizikal atau tubuh badan seperti ahli-ahli tinju dunia misalnya Mike Tyson atau Muhammad Ali ketika berada di zaman kegemilangan mereka. Tetapi para Wali Allah terkenal dengan kegagahan atau ketahanan pada hati mereka.

Hati Wali-Wali Allah gagah dan tahan menanggung segala pukulan ribut taufan kerana kukuh akar tunjangnya. Segala musibah yang menggoncangkan hati orang awam tidak menjejaskan hati Wali-Wali Allah apabila ditimpa kepada mereka seperti lematian orang yang dikasihi, kemusnahan harta benda, kehilangan pangkat dan kedudukan, kemiskinan, disingkir dari masyarakat atau kecacatan anggota lahir.

Buku ini ditulis untuk mencungkil kisah-kisah menarik para Wali Allah. Buku ini bukan hanya seronok dibaca tentang keramah mereka sahaja tetapi lebih dari itu yang kita harapkan agar akan lahir hati-hati para Wali di akhir zaman ini.