• WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (86)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (87)
1

RINSYA

[RINSYA] Surat Cinta Bersampul Jingga (Z2)(L110)

Regular price
RM 32.40
Sale price
RM 32.40
Regular price
RM 36.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Surat Cinta Bersampul Jingga

ISBN: 9789672813941

Penerbit: Rinsya Chasiani

Muka Surat: 361 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Illa Shanahila

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.36 kg

Dimensi (cm): 2.5 cm x 20 cm x 12 cm



SINOPSIS

Dikurung di dalam rumah sendiri selepas koma, Aura mula merancang jalan keluar. Entah kenapa, berbanding suami pilihan keluarga, dia lebih percayakan Adri, lelaki asing yang sudi tinggalkan bunga mawar tanpa duri di beranda biliknya.  

 “Awak... tak nak kahwin dengan saya?”   

Adri menganggapnya gila. Namun Adri mula fikir buat kali kedua. Setuju dengan permintaan Aura mungkin satu-satunya jalan untuk melarikan diri daripada masa lalu yang masih menghantui.   

“Baiklah. Kau boleh kahwin dengan aku.” - Adri 

“Serius?”- Aura

 “Tapi, aku tak janji yang aku akan layan kau macam selayaknya seorang isteri.” - Adri   

Sebagai isteri, Aura terpaksa menerima dingin Adri, lelaki yang masih hidup dalam bayang-bayang cinta lamanya yang sudah meninggal dunia.  Rose.  Segalanya berubah apabila Aura menemui sebuah diari lama milik Rose. Helaian demi helaian dibaca untuk memahami diri Adri dan kisah silam lelaki itu. Namun, semakin dia menyelami kisah Adri dan Rose, semakin Aura menyedari bahawa dia tidak lagi punya tempat di sisi suaminya.   

 “Awak rindukan dia walaupun dia dah buat awak terluka?” - Aura 

“Kau... tak tahu apa pun pasal aku dan dia, Aura.” - Adri   

Kasih sayang Adri terhadap arwah kekasihnya cukup kuat sehingga tiada ruang untuk Aura memupuk rasa cinta di hati lelaki itu. Memori yang tidak sepatutnya wujud, mula muncul dan perasaan yang tidak sepatutnya dimiliki kian menghantui. Dan setelah rahsia itu terungkai, Aura terpaksa berdepan satu realiti yang mengubah segalanya.  

Sepucuk surat bersampul jingga yang dibaca oleh Adri membuatkannya sedar, dia perlu segera memutuskan arah tuju hubungan mereka.   Adakah Adri bakal menyesali sikapnya terhadap Aura? Atau perpisahan yang terbaik untuk kisah mereka? Dan mampukah Aura terus menjadi penyembuh jiwa Adri yang penuh luka?