• 56
  • 57
  • 58
  • 59
1

Tarbiah Sentap

[TARBIAH SENTAP] Izinkan Aku Mencari Tuhan

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Izinkan Aku Mencari Tuhan

ISBN: 9789672118596

Penerbit: Tarbiah Sentap

Muka Surat: 359 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Aizudin Hamid

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.300 kg

Dimensi (cm) : 18.4 cm x 11.5 cm x 2.7 cm


SINOPSIS

Izinkan Aku Mencari Tuhan membawa kisah Afnan, seorang remaja dari keluarga berada yang hidupnya berubah setelah ayahnya, Tuan Johari, mengalami tekanan akibat kerugian dalam perniagaan. Rumah yang dahulunya aman kini menjadi medan kemarahan dan kekerasan. Afnan yang dahulu ceria kini mula mencari ketenangan di luar, namun tersalah memilih jalan.

Sejak berkawan dengan mikael, gangster sekolah, Afnan terjebak dalam dunia rempit, rokok, cinta, pornografi dan keseronokan sementara. Meskipun Hazim, rakan sekelas Afnan cuba menyelamatkannya, namun Afnan terus hanyut terutama setelah berkenalan dengan Anis, gadis yang menawarkan kasih sayang yang telah lama hilang di rumahnya.

Pertemuan Afnan dengan Akmal di universiti mengubah segala-galanya. Akmal, rakan baharu yang soleh, mula membantu Afnan mencari kembali makna hidup. Buku Jalan Syurga Untukmu yang Afnan terima dahulu secara misteri juga menjadi kunci untuk kembali kepada Tuhan. Ditambah pula Andi, rakan non-Muslim yang sentiasa bertanya tentang Islam kepada Afnan membuatkan dia tersedar akan kekhilafan diri.

Afnan cuba berubah. Persoalannya, mampukah Afnan istiqamah dalam pencarian dirinya? Bagaimana jika cinta dunia yang pernah dia tinggalkan kembali menghantui? Adakah Afnan akan menemui jalan pulang kepada Tuhan yang selama ini dia cari?