[STUDIO BUKU] Seni Swaterbit Buku Pertama (L118)
- Regular price
- RM 34.00
- Sale price
- RM 34.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Tajuk: Seni Swaterbit Buku Pertama
ISBN: 9786297957012
Penerbit: Studio Buku
Muka Surat: 216 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Mazniza Mohd Nor
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.24 kg
Dimensi (cm): 2cm x 19cm x 13cm
SINOPSIS
“Hari anda memiliki buku atas nama sendiri bermula pada hari ini.”
Ramai penulis mahu menerbitkan buku sendiri, tetapi ramai juga berhenti separuh jalan apabila mula berdepan dengan proses penerbitan yang kelihatan rumit, memeningkan dan memakan kos. Manuskrip sudah siap, tetapi tidak tahu langkah seterusnya. Mahu cetak buku, tetapi takut tersalah pilih. Mahu jual buku sendiri, tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula.
Seni Swaterbit Buku Pertama ditulis untuk membantu penulis memahami dunia penerbitan swaterbit dengan lebih mudah, praktikal dan tersusun. Buku ini membimbing anda langkah demi langkah daripada proses menyiapkan manuskrip, editing, reka bentuk, ISBN, percetakan hinggalah strategi menjual buku sendiri.
Bukan dengan bahasa teknikal yang memeningkan, tetapi dengan panduan yang jelas, mudah difahami dan berdasarkan pengalaman sebenar dalam industri penerbitan.
Ini bukan sekadar buku tentang menerbitkan buku sendiri. Ini adalah panduan untuk membantu anda merealisasikan mimpi memegang buku pertama atas nama sendiri dengan lebih yakin, lebih tersusun dan lebih berani bermula.