• 94808337
1

[FORTUNELLE] Him For Her (L51,Y15)

Regular price
RM 48.00
Sale price
RM 48.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Him For Her

ISBN: HFHSIBF25

Penerbit: Fortunelle

Muka Surat: 523 m/s

Halaman:Hitam Putih

Penulis: Rosemierra

Tahun Terbitan: 2025

Format: Paperback

Berat (kg): 0.622 kg

Dimensi (cm): 14.7 cm x 3.8 cm x 20.9 cm


SINOPSIS

Pernah tak terasa benci pada seseorang sampai separuh mati… tetapi dalam masa yang sama, hati masih terikat dengan cinta? Kau marah kerana cinta itu dikhianati. Kau terseksa kerana rindu yang tak pernah mahu pergi. Dan yang paling menyakitkan — luka itu tetap berdarah kerana kau tak mampu melepaskan dia sepenuhnya.

Itulah yang menghancurkan jiwa Arsyad setiap hari.

Rindu. Kesal. Marah. Semuanya bercampur menjadi racun dalam dirinya.

Isterinya memilih pergi demi lelaki lain, meninggalkan Arsyad terumbang-ambing sendirian. Seperti dipaksa terus bernyawa dengan hati yang sudah mati.

Kini, takdir menemukan mereka semula. Dendam yang dipendam selama ini kembali menyala, menuntut ruang untuk berbicara.

“Kau boleh tanya lagi kenapa aku layan kau macam ni? Haura, kau dah lupa ke siapa khianati cinta kita dulu? Kau lupa?!”

— Arsyad Taqi Muhammad

“Astaghfirullah, Arsyad! Istighfar! Walaupun saya bersalah waktu tu, awak tak berhak untuk buat kerja Tuhan!”

— Haura Dania

Berapa lama hati mampu bertahan bila rindu dan benci berebut tempat yang sama?

Mungkin cinta akan menemui jalan pulangnya… atau mungkin menuntut pengorbanan terakhir sebelum sempat mekar.