• 319
  • 320
  • 321
  • 322
1

Nuha Books

[NUHA BOOKS] Siri Novel Ikonik Sasterawan Negara: Hujan Pagi (Edisi Kenangan 40 Tahun) # (L68,PY2)

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk:  Siri Novel Ikonik Sasterawan Negara: Hujan Pagi

ISBN: 9789672456889

Penerbit: Nuha Books

Muka Surat: 432 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: A.Samad Said

Tahun Terbitan: 2025

Format: Softcover

Berat (kg): 0.566 kg

Dimensi (cm): 22.7 x 15.1 x 2.1

SINOPSIS

Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini . Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu .

Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri.Menurut doktor jiwanya , Dr Ahmad Dio , penyakit Lokman akan lebih serius , jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi , Lokman merasa berperanan dan dihargai . Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna , sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.

Novel ini mempunyai unsur - unsur lagenda , sejarah , arkeologi , astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia - manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu , lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang .

"Novel ini ialah penghasilan pascamoden yang mengangkat masalah penyusupan kuasa dalam dunia wartawan, dunia profesion A. Samad Said sendiri yang mulai diceburi sejak 1958 - 1987 . Menerusi novel ini ,beliau menyelitkan unsur realisme magis yang dipopularkan oleh Gabriel Garcia Marquez " - Rosnah Baharudin - Biografi A Samad Said : Memberi Hati Nurani.