PACU Resources
[PACU RESOURCES] Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah Edisi Khas: Petanda Akhir Zaman
- Regular price
- RM 59.50
- Sale price
- RM 59.50
- Regular price
-
RM 70.00
Share
Tajuk: Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah Edisi Khas: Petanda Akhir Zaman
ISBN: 9786299239208
Penerbit: PACU Resources
Penulis: Bushra Binti Talib
Muka Surat: 263 m/s
Halaman: Berwarna
Berat (kg): 0.54 kg
Tahun Terbit: 2026
Format: Softcover
Dimensi (cm): 1 cm x 25 cm x 17.5 cm
SINOPSIS
Kenapa anda wajib baca buku ini?
1. Faham Rahsia Di Sebalik Nama Setiap Surah
Bukan sekadar baca surah, tapi faham kenapa Allah pilih nama itu. Setiap nama surah menyimpan mesej besar yang ramai belum sedar.
2. Kaitkan Al-Quran Dengan Dunia Hari Ini
Buku ini mengaitkan surah dengan sejarah, fakta saintifik, ibrah dan realiti akhir zaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita.
3. Mudah Faham, Sesuai Untuk Semua Peringkat
Bahasa ringkas, padat dan santai. Tak perlu jadi ustaz atau pelajar agama untuk faham. Sesuai untuk semua yang ingin mula tadabbur Al-Quran.
4. Buat Kita Jatuh Cinta Semula Dengan Al-Quran
Bila kita mula faham maksud di sebalik nama surah, hati akan lebih tersentuh, rasa lebih dekat dan lebih hidup bila membaca Al-Quran.
5. Tahu Petanda Akhir Zaman Agar Kita Lebih Bersedia
Buku ini bongkar petanda akhir zaman yang disebut dalam al-quran & hadis. Supaya kita tidak lalai, lebih waspada dan sentiasa memperbaiki diri.
“Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”
SURAH AZ-ZUMAR: 9
Untuk kita, umat akhir zaman!
Ustazah Bushra Binti Talib adalah lulusan jurusan Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar Lil-Banat di Kaherah. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Pengajian Arab dan Tamadun Islam di UKM. Dari tahun 1979 sehingga tahun 2006 beliau bekerja sebagai Guru Bahasa di UKM. Kini, beliau mengajar tafsir dan bahasa Arab di sekitar Bangi dan juga adalah tenaga pengajar di Rumah Jagaan dan Pendidikan Wargaemas Darul Insyirah (DI). Beliau juga adalah penulis buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah.
Ustazah Dr. Nur Fatin Halil merupakan Ketua Unit Penyelidikan, Muafakat Ilmuan Islam (MUIS) dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Harapan Hati Malaysia. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah Syariah & Kehakiman serta Sarjana Syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah. Beliau adalah Editor Syariah Petanda Akhir Zaman.