PTS
[PENERBIT X] Siri Puaka Sekolah: Bilik Seni (M18,BL167)
- Regular price
- RM 10.20
- Sale price
- RM 10.20
- Regular price
-
RM 12.00
Share
Tajuk: Siri Puaka Sekolah: Bilik Seni
ISBN: 978-629-464-081-8
Penerbit: Penerbit X
Muka Surat: 123 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Azrul Rohiza
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.316 kg
Dimensi (cm): 18.4 cm x 11.5 cm x 0.9 cm
SINOPSIS
Hanani dan Pavithra, dua pelajar seni berbakat, bersaing sengit dalam End of the Year Art Competition (EYAC) – pertandingan berprestij yang menjanjikan biasiswa ke luar negara. Namun di sebalik kanvas dan berus warna, tersimpan cemburu, tekanan, dan rahsia yang perlahan-lahan menghimpit jiwa.
Sementara itu, empat pelajar lelaki – Iqbal, Aaron, Lat, dan Didi – yang menamakan diri mereka Squad Ghost Hunters, tanpa sengaja telah menyeru sesuatu yang tidak sepatutnya semasa bermain permainan terlarang, Spirit of the Coin, di bilik seni sekolah.
Sejak malam itu, gangguan mula berlaku. Dan Hanani – tanpa mengetahui puncanya – menjadi sasaran entiti jahat itu. Bayangan gelap, bisikan aneh, dan mimpi ngeri yang semakin menghantui, seolah-olah sesuatu sedang memerhatikannya… menjadikan dia keliru dan hilang kewarasan.
* * * * *
Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.