• TIKTOK SHOPEE BACKGROUND (25)
  • TIKTOK SHOPEE BACKGROUND (26)
1

[RINSYA] Cinta Suam Kuku

Regular price
RM 37.00
Sale price
RM 37.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Cinta Suam Kuku

ISBN: 9789672813675

Penerbit: Rinsya Chasiani Publication

Muka Surat: 428 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis:Tienqowiy

Tahun Terbitan: 2025

Format: Paperback

Berat (kg): 0.410

Dimensi (cm): 12.6 cm x 3.1 cm x 20.3 cm


SINOPSIS

Hidup Hazim Solehin hanya kerja, kerja, kerja dan bergaduh mulut dengan Puan Taliya. Tiada hari tanpa peperangan! Ada saja topik yang mereka riuh-rendahkan pada setiap masa sehingga habis huru-hara Serene Bookafe!

Kemalangan motosikal disebabkan kesalahan sendiri mengubah hidup Hazim tanpa dia sendiri sedar. Mulut gadis pengkid itu macam bontot ayam busuk! Kurang asam betul!

“Kau ni memang betul-betul ada kad OKU ke? Penatlah aku asyik nak mengulang benda yang sama.” – Alifah Samira

“Aku normallah! Yang OKU tu bos aku!” – Hazim Solehin

Gadis pengkid itu perlahan-lahan menyusup ke dalam hati tanpa memberi salam! Kurang sopan ya si dia! Asal berjumpa, mesti mereka akan bergaduh. Rupa-rupanya, teman bergaduhnya sudah meningkat satu angka. Dulu hanya Taliya, sekarang sudah bertambah dengan wujudnya Alifah Samira.

Walaupun berperangai seperti lelaki, hati Hazim tetap terpaut. Mungkin inilah yang dikatakan dengan cinta itu buta? Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh hati pada seorang gadis itu selepas menyimpan dendam bertahun-tahun untuk muka.

“Aku serius ni Alep, aku nak kahwin dengan kau!” – Hazim Solehin

“Aku tak nak kahwin dengan kau!” – Alifah Samira

“Selepas kahwin nanti kita mulalah bercinta, cinta suam-suam kuku dulu pun jadilah.” – Hazim Solehin

“Cinta suam kuku eh? Kau tu tiga suku bukan suam kuku!” – Alifah Samira

Adakah Alifah akan menerima cinta suam kuku lelaki itu atau memutuskan semuanya pada waktu itu juga?