• TIKTOK SHOPEE BACKGROUND (27)
  • TIKTOK SHOPEE BACKGROUND (28)
1

[RINSYA] Ryan's Queen (Z14)

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Ryan's Queen

ISBN: 9789672813798

Penerbit: Rinsya Chasiani Publication

Muka Surat: 472 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Hasyagrizelle

Tahun Terbitan: 2025

Format: Paperback

Berat (kg): 0.460

Dimensi (cm): 12.7 cm x 3.5 cm x 20.2 cm



SINOPSIS

Natalia Imelda, si gadis yang ceria meminati seorang YouTuber misteri. Walau tidak mengenali wajahnya, Imelda suka mendengar pendapat lelaki itu dalam setiap video yang disiarkan. Tanpa diduga, mereka bertemu dan menjalinakan persahabatan. Sikap Ryan yang romantis dan bersahaja membuatkan Imelda terjatuh suka.

“Hello, babygirl. Dah berapa lama kau simpan semua perkara tentang aku?” – Ryan Darren.

Sejauh mana pun rasa cinta Imelda terhadap Ryan, dia sedar mereka tidak akan dapat bersama. Perbezaan agama antara mereka menjadi tembok besar yang paling utama. Munculnya Haz Malique, Imelda menerima lelaki itu dalam hidupnya.

“We made it, darling..” – Haz Malique

Namun bahagia milik Imelda cuma sementara. Mengetahui Haz Malique melakukan perbuatan terkutuk di belakangnya, Imelda membuat pertimbangan. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah yang sama untuk memberi kemaafan dia dan anak mereka. Segala kepercayaan dan keyakinan yang terbina untuk Haz Malique selama ini musnah sekelip mata!

“Dalam rakaman itu memang muka kau! Penipu! Kau cuba untuk bunuh aku dan anak aku! Aku benci kau!” – Natalia Imelda

Apakah niat sebenar Haz Malique mendekati Imelda? Dan adakah sebuah perpisahan mampu membuat mereka bahagia? Atau wujudkah rahsia lain yang membawa kepada penyelesaian terhadap segalanya?

“You are the sweetest part of my bitter days…” – Haz Malique