[RINSYA] Velvet Cage
- Regular price
- RM 33.00
- Sale price
- RM 33.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Velvet Cage
ISBN: 9789672813781
Penerbit: RC Publication
Muka Surat: 301 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Hyun Yunzz
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.313
Dimensi (cm): 12.4 cm x 20.2 cm x 2.2 cm
SINOPSIS
Yang paling terlihat lembut itu selalunya menyimpan dendam yang paling besar. Chanelsyn R percaya bahawa hidupnya bakal sempurna. Dia ada Eezraf, lelaki yang dia cintai, lelaki yang berjanji akan menjaga hatinya.
Dia berpindah ke studio pangsapuri baharu. Memulakan hidup baru, dengan jiran-jiran baik dan tuan rumah yang bernama Jinric, lelaki seperti di manhwa atau k-drama yang membuatkan hatinya sentiasa berfikir mengapa lelaki ini tiada cacat cela?
"Kehidupan kita, kebahagiaan kita ni bergantung kepada mindset kita," – Lucius.
Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana dunia sedang menyembunyikan sesuatu yang jauh lebih gelap. Kes penculikan kanak-kanak perempuan mula berlaku di setiap negara. Wanita-wanita di tempat kerjanya hilang tanpa jejak secara tiba-tiba.
Malam-malamnya dipenuhi dengan rasa seperti ada yang memerhati... seolah-olah ada seseorang menceroboh studio kecil miliknya.
Semuanya mulai berkait apabila dia menemui sebuah buku usang bertajuk The Darkest File, yang lengkap dengan tanda tangan penulis dan satu nota misteri:
“History will repeat itself.”
Chanelsyn tidak tahu, mereka sedang dikawal oleh satu organisasi gelap yang mahu menghapuskan seluruh kewujudan wanita di pulau Azaroth.
“Mulai sekarang kau ialah R, bukan lagi Chanelsyn.” – Lyan
Saat Chanelsyn dijatuhkan berkali-kali oleh orang yang dia percaya. Chanelsyn R hanya ada ada dua pilihan sama ada dia perlu bangkit, atau lenyap bersama sejarah.
"Setiap orang yang pernah khianati aku... aku bagi mereka kematian yang sesuai dengan dosa mereka.” - R