Telaga Biru
[TELAGA BIRU] Ziarah : Apabila Tamu Membawa Rahmat (L125)
- Regular price
- RM 10.20
- Sale price
- RM 10.20
- Regular price
-
RM 12.00
Share
Tajuk: Ziarah : Apabila Tamu Membawa Rahmat
ISBN: 9789673889969
Penerbit: Telaga Biru
Muka Surat: 94 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Mohd Kamal Mohd Shah
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.127
Dimensi (cm): 14 cm x 0.5 cm x 21 cm
SINOPSIS
Buku Ziarah: Apabila Tamu Membawa Rahmat membimbing pembaca memahami semula maksud sebenar budaya ziarah dalam Islam yang kian dilupakan dalam kehidupan moden. Melangkaui sekadar kunjungan sosial, ziarah dalam Islam adalah ibadah yang sarat dengan adab, nilai persaudaraan dan ganjaran ukhrawi.
Disusun dalam bentuk praktikal, buku ini menawarkan 26 panduan adab ziarah yang bersumberkan al-Quran, hadis dan kisah para sahabat. Ia mengupas konsep ziarah, kelebihan serta hukum-hukumnya, dan menjelaskan peranan besar yang dimainkan oleh amalan ini dalam memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan kasih sayang kerana Allah.
Selain itu, buku ini turut menyentuh kesalahan-kesalahan lazim semasa berziarah, jenis-jenis penziarah dan tuan rumah, sera kesan ziarah terhadap individu dan masyarakat. Gaya penulisan yang mesra dan berpaksikan dalil menjadikannya mudah difahami dan sangat sesuai dijadikan bahan pengisian tazkirah, bacaan keluarga atau hadiah bermanfaat kepada orang tersayang.
Dalam era serba sibuk dan digital, buku ini hadir sebagai peringatan penting bahawa ziarah bukan sekadar adat, tetapi ibadah yang membawa rahmat apabila dilakukakan dengan adab dan niat yang betul.
Kelebihan buku ini:
1. Buku ini sangat bermanfaat untuk semua, sama ada sebagai bahan bacaan peribadi, hadiah kepada rakan dan ahli keluarga, atau sebagai bahan pengisian dalam kuliah dan tazkirah.
2. Mudah difahami kerana gaya penulisanMengetahui asas dan usul setiap mazhab daripada kepelbagaian mazhab fiqh.
3. Buku ini juga dapat membuka jalan bagi kita semua untuk melihat ziarah bukan sekadar adat, tetapi juga sebagai ibadah yang mendatangkan rahmat dan berkat daripada Allah