[YZ LESTARI] Kisah Zara: Dari Riak Sungai Ke Keajaiban Dunia # (L54)
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Kisah Zara: Dari Riak Sungai Ke Keajaiban Dunia
ISBN: 9786299554622
Penerbit: YZ Lestari Niaga
Muka Surat: 43 m/s
Halaman: Berwarna
Penulis: Nurhidayu Al-Saari & Yumi Zuhanis Has-Yun Hashim
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.142 kg
Dimensi (cm): 20.4 cm x 0.4 cm x 20.4 cm
SINOPSIS
Buku "Kisah Zara - Dari Riak Sungai Ke Keajaiban Dunia Makmal" adalah sebahagian daripada hasil kajian yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).
Buku ini bertujuan untuk membawa pembaca , khususnya generasi muda, mendalami dunia sains melalui kisah zara, seekor ikan zebra yang bukan sahaja unik tetapi memainkan peranan besar dalam penyelidikan dibidang biologi, perubatan, akuakultur dan sains halal.
Kisah Zara menggabungkan fakta sains dengan pendekatan bercerita yang santai, menjadikan sains lebih dekat di hati dan mudah difahami oleh semua. Disebalik keindahan dan keunikan ikan zebra, terdapat maklumat tentang bagaimana haiwan kecil ini menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang membantu manusia hidup lebih sihat dan sejahtera. Ia juga menyampaikan kepentingan menghargai alam sekitar dan menghormati keseimbangan ekosistem sebagai satu amanah kita bersama.
Penulis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan, termasuk KPM, rakan-rakan penyelidik, penerbit, serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan buku ini. Diharapkan Kisah zara menjadi inspirasi, meningkatkan kecintaan kepada sains, dan membuka mata pembaca terhadap keajaiban dunia bawah air yang sering kita pandang ringan. Semoga usaha kecil ini memberi impak besar dalam menyemai benih ilmu dan kesedaran sains kepada generasi masa depan.