• 1
  • 2
  • 3
1

[FORTUNELLE] Orca: Pemburu Dalam Gelap (L132,PY34)

Regular price
RM 49.50
Sale price
RM 49.50
Regular price
RM 55.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk:  Orca: Pemburu Dalam Gelap

ISBN: 9786299465041

Penerbit: Fortunelle Editions

Muka Surat: 478 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Adlenith

Tahun Terbitan: 2025

Format: Paperback

Berat (kg): 0.576 kg

Dimensi (cm): 14.7 cm x 3.5 cm x 21 cm


SINOPSIS

ORCA  nama kod yang pernah menghantui dunia gelap Asia Tenggara.

Lima tahun lalu, Haufan Hazzan menghilang selepas pengkhianatan yang meragut nyawa abangnya dan ayahnya. Dunia menyangka dia sudah mati, tetapi bayang-bayang tidak pernah benar-benar lenyap. Apabila rangkaian pembunuh yang sama kembali memburu, dia tahu masanya sudah tiba untuk keluar dari persembunyian.

Dalam satu malam berdarah di hospital, dia menyelamatkan Aira Medina seorang doktor muda yang berpegang pada sumpah untuk melindungi semua nyawa, walaupun nyawa seorang lelaki bertatu orkid hitam. Keberanian Aira membuatkan dia menjadi saksi, dan dalam dunia Haufan, saksi jarang hidup lama.

Terperangkap antara prinsip dan survival, Aira dibawa masuk ke dalam dunia di mana kepercayaan adalah mata wang, dan pengkhianatan adalah hukuman mati. Dari lorong gelap Kuala Lumpur, ke bilik rundingan rahsia, mereka berdepan pembunuh upahan, sindiket bayangan, dan sejarah silam yang enggan mati.

Dia pemburu yang hidup demi dendam. Dia penyembuh yang percaya semua orang layak diselamatkan.

Bersama, mereka perlu memilih bertahan sebagai dua jiwa yang berasingan atau jatuh sebagai satu pasukan yang sama.

“Kenapa saya?” - Aira Medina

“Sebab kau bukan mereka… dan aku takkan biar mereka dapat kau.” - Haufan Hazzan

Dalam perburuan ini, cinta bukan penyelamat ia hanya kelemahan yang boleh dibunuh. Tetapi kadang-kadang, kelemahan itulah yang membuatkan seseorang layak untuk hidup.