• WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (80)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (81)
1

RINSYA

[RINSYA] Love Trap (L114,Y52)

Regular price
RM 40.50
Sale price
RM 40.50
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Love Trap

ISBN: 9789672813903

Penerbit: Rinsya Chasiani

Muka Surat: 525 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Fara Hana

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.52 kg

Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 12.5 cm



SINOPSIS

Liora dituduh sebagai perempuan simpanan Tan Sri Razlan walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kerana tuduhan itu juga dia terperangkap dalam cinta palsu yang ditawarkan Razeen, anak kepada Tan Sri Razlan.

“Marry me, Liora. Izinkan I jaga you dan jadi tempat untuk you bersandar. Selamanya.” – RAZEEN.

Hati Liora sebenarnya sudah terpaut dalam diam cuma dia merahsiakannya. Lamaran diterima dan Razeen yang disangkakan pelindung rupanya orang yang akan menyakitinya paling dalam. Liora kecewa, dia terluka.

“Kalau abang tak sukakan Liora kenapa abang kahwin dengan Liora? Kenapa pujuk Liora kahwin dengan abang? Jadi selama ni… semua yang abang ucapkan pada Liora tu tak betullah? Pujuk rayu abang. Ayat manis abang tu semua hanya untuk perangkap Liora?” – LIORA.

Dia dipersalahkan untuk sesuatu yang bukan salahnya dan Liora hanya mampu terdiam menangisi kebodohan sendiri yang terlalu cepat percaya dengan kebaikan yang ditabur. Apabila takdir membuka lembaran kebenaran, Razeen tergamam. Namun semuanya sudah terlambat. Liora menghilang membawa duka yang tak berkesudahan.

“Pergi jahanam dengan maaf you! Jangan cari I lagi Razeen, jangan cari I. Anggap saja kita tak pernah kenal. Anggap saja I tak pernah wujud dalam hidup you.” – LIORA.