Acepremier
[ACEPREMIER] The Mental Toughness Handbook (Edisi Bahasa Melayu) # (L98,BL77)
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: The Mental Toughness Handbook (Buku Panduan Kekuatan Mental): Panduan Langkah Demi Langkah untuk Menghadapi Cabaran Hidup, Menguruskan Emosi Negatif, dan Mengatasi Dugaan dengan Berani dan Tenang! (Edisi Bahasa Melayu)
ISBN: 9786297699974
Penerbit: Acepremier
Muka Surat: 151 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Damon Zahariades
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.206 kg
Dimensi (cm): 21 cm x 14.8 cm x 0.8 cm
SINOPSIS
Berani Menghadapi Kesusahan, Beraksi di Bawah Tekanan, dan Atasi Cabaran Lebih Mudah Daripada yang Anda Sangka!
Adakah anda rasa terbeban dengan keadaan sekeliling? Adakah anda letih dan tertekan? Adakah anda rasa ingin menyerah setiap kali berdepan halangan dan dugaan?
Jika ya, THE MENTAL TOUGHNESS HANDBOOK adalah untuk anda.
Bayangkan anda mampu berdepan apa jua cabaran dengan penuh keyakinan. Bayangkan anda menyelesaikan setiap masalah yang datang dengan tenang dan berani.
Bayangkan anda 100% yakin bahawa anda boleh menangani sebarang dugaan atau kegagalan yang hidup lontarkan kepada anda.
Dapatkan naskhah anda The Mental Toughness Handbook: Panduan Langkah Demi Langkah untuk Menghadapi Cabaran Hidup, Mengurus Emosi Negatif, dan Mengatasi Dugaan dengan Keberanian dan Ketenangan!
Penulis terlaris, Damon Zahariades, menyediakan program latihan langkah demi langkah untuk menguatkan minda anda agar tidak mudah tumbang saat berdepan kesusahan. Anda akan belajar cara bertahan bila hidup menyimpang dari perancangan. Anda akan temui cara mengawal tekanan, mengurus dorongan emosi, dan menahan tekanan mental serta psikologi yang datang bersama dugaan.
Dan yang paling penting, anda akan pelajari cara mencapai lebih banyak kejayaan melalui ketabahan dan keazaman yang luar biasa.
Dalam THE MENTAL TOUGHNESS HANDBOOK, anda akan pelajari:
- perbezaan antara ketahanan mental dan kecekalan (ramai yang salah anggap kedua-duanya sama)
- 7 ciri utama individu berdaya tahan mental dalam mengatasi apa jua cabaran
- kaitan rapat antara ketahanan mental dan penguasaan emosi (serta kepentingan kesedaran diri dan empati)
- 5 tabiat harian yang mesti diamalkan untuk menguatkan minda dan semangat anda
- kenapa kekuatan kehendak dan motivasi tidak boleh diharapkan (dan bagaimana ketahanan mental lebih penting!)
- 5 tip mudah untuk mengawal dorongan dan melatih kesabaran
- bagaimana Navy SEAL melatih ketahanan mental mereka (termasuk 5 taktik mengejutkan yang mereka gunakan)