Iman Publication
[IMAN] 50 Amalan Kecil Pahala Berganda Cara Mudah Mendapatkan Pahala Berdasarkan Hadis Sahih (Y3)
- Regular price
- RM 34.20
- Sale price
- RM 34.20
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Tajuk: 50 Amalan Kecil Pahala Berganda Cara Mudah Mendapatkan Pahala Berdasarkan Hadis Sahih
ISBN: 9786299470939
Penerbit: IMAN Publication
Muka Surat: 302 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi (cm): 2 cm x 21 cm x 15 cm
SINOPSIS
"Jangan kamu memandang rendah terhadap perkara-perkara yang kecil, walaupun hanya sekadar berwajah manis kepada saudara kamu."
(Riwayat Muslim)
Zikir ringkas selepas solat, senyuman ikhlas, mengucapkan salam, bersedekah – inilah antara sunah Rasulullah ﷺ yang meskipun kelihatan kecil, jika diamalkan, kita akan memperoleh pahala besar.
Buku ini hadir untuk mengajak kita untuk melazimkan amalan-amalan harian yang mudah dan ringkas sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi ﷺ. Dengan seruan "fattabi'uni" - maka ikutilah aku - daripada Baginda ﷺ, kita masih dapat mengikuti sunah dalam pada bila-bila masa dan di mana-mana kita berada.
Setiap amalan di dalam buku ini:
- Sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian yang sibuk.
- Berdasarkan hadis sahih.
- Disertakan dalil, kaifiat, pengajaran dan syarah ringkas ulama.
- Amalan kecil, pahala besar.
Pilihlah satu amalan dan lakukanlah secara berterusan, kemudian tambahlah amalan lain sehingga sunah Rasulullah ﷺ sentiasa hidup dalam setiap sudut kehidupan kita.
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (PhD) ialah tokoh kewangan Islam, pemikir, pendakwah, usahawan dan pengkaji ilmu Islam serta sunah. Beliau sering menghiasi rancangan ilmiah di kaca TV seperti Tanyalah Ustaz dan Forum Perdana Ehwal Islam.