IMAN
[IMAN] Sebuah Toko Ajaib Buat Penjual Mimpi (Y47)
- Regular price
- RM 31.50
- Sale price
- RM 31.50
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Tajuk: Sebuah Toko Ajaib Buat Penjual Mimpi
ISBN: 9786299465188
Penerbit: IMAN Publication
Muka Surat: 431 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Tey Marzuki
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.60 kg
Dimensi (cm): 3 cm x 19 cm x 15 cm
SINOPSIS
'Cik Puan Alya perlukan wang, bukan? Di sini, Cik Puan Alya boleh jualkan apa sahaja.'
Hidup Alya kucar-kacir sejak suaminya, Sabri disahkan menghidap kanser. Kini, dia terpaksa menguruskan keluarga sendirian dan perlu mencari wang untuk membayar kos rawatan Sabri yang menceceh ratusan ribu ringgit.
Saat emosi berkecamuk, Alya membawa diri tanpa arah tuju. Namun, tiba-tiba sahaja dia berada di sebuah padang yang luas menghijau; di tengah-tengahnya kelihatan sebuah bangunan dua tingkat. Tertera namanya, 'Kedai Tukar Apa Sahaja'.
Kerana terdesak, Alya menggadaikan satu-satunya bakat dan impian yang dia ada. Semuanya demi nyawa suami yang tercinta. Tidak lama kemudian, Sabri semakin pulih. Alya gembira bukan kepalang, namun hatinya mula terdetik sesal apabila menerima tawaran daripada penerbit terkemuka.
'Kau mahukan bakat menulismu semula, Cik Puan Alya? Silakan, tapi kau harus mendepani beberapa ujian.'
Sanggupkah Alya mendapatkan kembali bakatnya semula, seandainya harga yang perlu dibayar adalah nyawa insan yang tersayang?
*
Kisah ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang berdepan ujian suami menghidap kanser.