Karya Pis
[KARYA PIS] Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis # (L70,BL93)
- Regular price
- RM 75.00
- Sale price
- RM 75.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis
ISBN: 9789672910442
Penerbit: Karya PiS Sdn Bhd
Muka Surat: 396 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Imām Abū ʿUthmān Ismāʿīl bin ʿAbd al-Raḥman al-Ṣābūnī
Tahun Terbitan: 2024
Format: Hard cover
Berat (kg): 0.612 kg
Dimensi (cm): 22.2 cm x 14.5 cm x 3.6 cm
SINOPSIS
Para alim ulama sejak daripada zaman salaf lagi sangat menumpukan perhatian kepada ilmu akidah, bahkan mereka mengutamakannya dalam mempelajari dan mengajarkannya, berbanding cabang-cabang ilmu agama Islam yang lain, kerana:
1. Akidah merupakan dasar Islam dan tapak asas agama. Segala amalan tidak diterima dan setiap perkataan tidak membawa kebaikan melainkan dengan akidah yang benar.
2. Ia adalah fitrah yang Allah telah ciptakan manusia di atasnya.
3. Akidah adalah kewajipan pertama bagi para mukalaf yang telah cukup umur dan wajib melaksanakan perintah Allah.
4. Akidah merupakan perkara pertama yang didakwahkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada kaum mereka.
5. Inilah tujuan asal penciptaan jin dan manusia.
6. Generasi akhir umat ini tidak sesekali akan dapat diperbaiki melainkan dengan perkara yang memperbaiki generasi awal umat ini.
Justeru, di kala umat Islam di Malaysia disibukkan dengan isu mengehadkan takrifan Ahli Sunnah wal Jama’ah hanya kepada yang berpegang dengan akidah Asha’irah dan Maturidiyyah, kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis yang dibentangkan oleh Imam Abu Uthman Isma’il al-Sabuni al-Shafi’i ini sangat bagus, Allah permudahkan kita untuk terbitkan terjemahannya tepat pada waktu umat ini memerlukannya, agar kita mengenali dan memahami pegangan asas umat Islam sebelum zaman fitnah, ketika kerosakan belum lagi bercampur aduk dalam pemikiran kaum Muslimin. Inilah pegangan akidah yang diwarisi secara turun-temurun daripada Nabi SAW dan para sahabat.
Semoga dengan mempelajari akidah yang benar, setiap kita akan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat, terselamat daripada kekal di dalam neraka selama-lamanya. Allahumma amiin.
Kitab ini telah disusun dengan bahasa yang mudah, disertakan dengan dalil-dalil rujukan dan nota kaki tambahan sebagai penerangan pada tempat yang perlu, dan para pembaca boleh menonton kelas online yang disediakan dengan imbas kod QR yang disertakan di dalam buku.
Antara senarai isi kandungan dalam buku ini:
• Sanad kitab ini kepada penulisnya
• Sebab penulisan kitab ini
• Akidah Ahli Hadis tentang sifat-sifat Allah
• Al-Quran adalah Kalam Allah, bukan makhluk
• Allah istiwa di atas Arasy
• Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam terakhir
• Hari kebangkitan dan hal ehwal manusia pada hari tersebut
• Syafaat Rasulullah SAW kepada para pendosa dalam kalangan umatnya
• Telaga Hawd dan Sungai al-Kawthar
• Penglihatan para Mukmin kepada Tuhan mereka pada hari akhirat
• Syurga & neraka sudah dicipta dan akan kekal buat selama-lamanya
• Perihal iman, takdir dan kehendak Allah
• Dan banyak lagi...