• 55
  • 56
  • 57
  • 58
  • 59
1

Telaga Biru

[TELAGA BIRU] Talbis Iblis (Bahasa Melayu) (L106)

Regular price
RM 97.00
Sale price
RM 97.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Talbis Iblis (Bahasa Melayu)

ISBN:  9786238174249

Penerbit: Telaga Biru

Muka Surat: 528 m/s

Halaman: Hitam putih 

Penulis:  Ibnu al-Jauzi

Tahun Terbitan: 2025

Format: Hard cover

Berat (kg): 0.989 kg

Dimensi (cm): 24.6 cm x 17.5 cm x 2.9 cm

SINOPSIS

“Dia (Iblis) berkata: “Wahai Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka pasti aku akan menjadikan (kejahatan) itu indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka.”

(Surah Al-Hijr: 39–40)

Iblis telah dihukum sesat oleh Allah Ta'ala kerana enggan sujud kepada Nabi Adam 'alaihis salaam. Sejak saat itu, dia tidak pernah berhenti walau sesaat pun untuk menyesatkan Adam dan keturunannya dari jalan yang lurus. Lebih-lebih lagi setelah dia diberi kesempatan untuk hidup sehingga hari kiamat dan bersumpah akan menyesatkan seluruh anak Adam. Pelbagai helah dan tipu muslihat telah dia susun sebaik mungkin demi mencapai niat jahatnya itu.

Yang lebih dahsyat, tipu dayanya itu dirancang dengan amat halus dan disamarkan sehingga sasarannya tidak menyedari kehadiran Iblis dalam usaha itu. Senjata utamanya ialah titik-titik kelemahan anak Adam. Iblis dan bala tenteranya akan mengesan dan membaca kelemahan-kelemahan itu, lalu menyerang dari titik tersebut. Maka, hanya sedikit sahaja yang mampu bertahan dan terselamat daripadanya.

Buku ini hadir untuk mengingatkan kita tentang tipu daya Iblis dan bala tenteranya, serta menunjukkan kepada kita di manakah titik-titik serangan mereka. Ayuh kita kenali satu per satu dengan teliti agar kita tidak terperangkap dan menjadi mangsa seterusnya.