• WHITE BACKGROUND DHANIYYAH - 2026-10-06T143636.287
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH - 2026-10-06T143659.376
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH - 2026-10-06T143723.022
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH - 2026-10-06T143746.071
1

Acepremier

[ACEPREMIER] I’m Glad My Mom Died (Edisi Bahasa Melayu) (L43,BL41)

Regular price
RM 42.50
Sale price
RM 42.50
Regular price
RM 50.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: I’m Glad My Mom Died (Edisi Bahasa Melayu)

ISBN:  9786297809793

Penerbit: Acepremier

Muka Surat: 390 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Jennette McCurdy

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.56 kg

Dimensi (cm): 2cm x 22.5cm x 15cm



SINOPSIS

Sebuah memoir yang menyayat hati dan mencuit hati daripada bintang iCarly dan Sam & Cat, Jennette McCurdy, tentang perjuangannya sebagai bekas pelakon kanak-kanak—termasuk gangguan pemakanan, ketagihan, serta hubungan yang rumit dengan ibunya yang terlalu mengongkong—dan bagaimana dia akhirnya mengambil semula kawalan hidupnya.

Jennette McCurdy baru berusia enam tahun ketika menghadiri uji bakat lakonan pertamanya. Bukan kerana beliau bercita-cita menjadi pelakon, tetapi kerana ibunya sudah lama membayangkan satu satunya anak perempuannya bergelar bintang. Demi memastikan impian itu menjadi kenyataan, Jennette diajar mengamalkan apa yang ibunya panggil sebagai “sekatan kalori”—makan sedikit yang mungkin dan menimbang berat badan lima kali sehari. Berjam-jam beliau didandan di rumah sambil mendengar, “Bulu mata kamu langsung tak nampak, okey? Kamu ingat Dakota Fanning tak warna bulu matanya?” Malah, sehingga usia 16 tahun, ibunya masih memandikannya, membaca diarinya, mengakses e-melnya dan mengawal setiap sen pendapatannya.

Dalam I’m Glad My Mom Died, Jennette menceritakan semua pengalaman ini dengan kejujuran tanpa berselindung, sambil mengisahkan apa yang berlaku apabila impian yang selama ini dikejar akhirnya menjadi kenyataan. Selepas dipilih membintangi siri baharu Nickelodeon, iCarly, Jennette tiba-tiba dihumban ke dunia glamor dan kemasyhuran. Ketika ibunya begitu teruja sehingga sanggup menghantar e-mel kepada moderator kelab peminat dan bertegur sapa dengan paparazi seolah-olah mereka teman lama (“Hai, Gale!”), Jennette pula semakin tenggelam dalam keresahan, rasa malu dan kebencian terhadap diri sendiri. Semua itu akhirnya menjelma sebagai gangguan pemakanan, ketagihan dan siri hubungan yang tidak sihat. Segala-galanya menjadi lebih sukar apabila, tidak lama selepas membintangi siri iCarly, Sam & Cat, bersama Ariana Grande, ibunya meninggal dunia akibat kanser. Dalam kehilangan itulah Jennette menemui terapi, meninggalkan dunia lakonan dan memulakan proses pemulihan. Buat pertama kalinya, beliau berpeluang bertanya kepada dirinya sendiri, apakah yang benar-benar diingini olehnya.

Diceritakan dengan kejujuran yang menyegarkan serta humor gelap yang menusuk, I’m Glad My Mom Died ialah sebuah kisah yang menginspirasikan ketabahan, kebebasan dan nikmat luar biasa apabila akhirnya dapat membasuh rambut sendiri.