[AIZLIEYA EMPIRE] Novel The Attractions (Hardcover) # (L146)
- Regular price
- RM 63.75
- Sale price
- RM 63.75
- Regular price
-
RM 75.00
Share
Tajuk: The Attractions
ISBN: :9786299924296
Penerbit: AIZLIEYA EMPIRE
Muka Surat: 491 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Missdiyyah
Tahun Terbitan: 2024
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.712 kg
Dimensi (cm): 15.5 cm x 4 cm x 21.6 cm
SINOPSIS
Pertemuan antara mereka, bukan seperti pasangan lain. Tiada bunga-bunga atau istilah
jatuh cinta pandang pertama. Tetapi pertemuan yang dirancang oleh gadis itu sendiri.
Semuanya atas sebabnya dan dia sendiri pasti lelaki itu akan bersetuju.
Muhammad Muadh Kyle, dia dikenali sebagai orang kanan kepada pengarah Voyex
Group, Zufar Emiir. Jika orang melihat Zufar dengan aura berkaliar, dia pula dikatakan
membawa aura ‘kegelapan’ di sebelah Zufar. Namanya sering disebut sebagai orang
kanan Zufar yang bukan sahaja handal dari segi fizikal berlawan, tetapi juga kepandaian
dirinya.
“You don't need to pay me back, Miss Kalila Inggird. Or, should I call you ‘Beloved
Beautiful’? That’s a quite cute name for a hacker.” – Muhammad Muadh Kyle
Kalila Inggird, bukanlah sesiapa di dunia ini. Namun jika sebut nama penuhnya, Kalila
Inggird Ricardo, semua orang akan menghormati dia seperti seorang hamba yang
tunduk pada seorang raja. Tiada siapa yang berani berlagak angkuh di hadapan
keturunan Ricardo.
“Hak keluarga kau. Aku akan bantu kau dapatkan semula hak itu dan bela kematian
ayah kau. Tapi ada syaratnya, Kyle.” – Kalila Inggird
“Apa syarat kau?” – Muhammad Muadh Kyle
“Help me win the game, The Death Month.” – Kalila Inggird
The Death Month. Permainan antara hidup atau mati di bawah naungan Empayar
Ricardo. Keputusan gila yang mereka berdua pernah lakukan demi menuntut hak yang
telah lama dinafikan. Tapi saat melangkah masuk ke dunia berdarah itu, ianya bukan
semudah yang disangka. Kebenaran dan kepercayaan juga mula dipersoalkan.
“Kalila Inggird! Selain daripada hak aku, apa lagi yang kau sembunyikan daripada aku?
Kenapa kau nak aku tolong kau?” – Muhammad Muadh Kyle
“‘Separuh nyawa’ aku… ‘Separuh nyawa’ aku ada di sana, Kyle!” – Kalila Inggird
The Attractions.
It’s not just a game. It’s a death game.