AIZLIEYA EMPIRE
[AIZLIEYA EMPIRE] Novel The Thorns Flower # (L146)
- Regular price
- RM 42.50
- Sale price
- RM 42.50
- Regular price
-
RM 50.00
Share
Tajuk: The Thorns Flower
ISBN: 9786299924241
Penerbit: AIZLIEYA EMPIRE
Muka Surat: 496 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Fufulieya Mat
Tahun Terbitan: 2024
Format: Paperback
Berat (kg): 0.586 kg
Dimensi (cm): 14.8 cm x 3.5 cm x 20.9 cm
SINOPSIS
Kesinambungan dari Anastasia A Tale of Esmeralda, selepas sahaja Edward melarikan
diri dari empayar Arlustria, Anastasia ditinggal sendiri tanpa alasan yang nyata.
Bagai ditikam sukma tidak berdarah, Anastasia pergi membawa duka.
Peperangan terpecahkan, kini api telah menelan bumi Arlustria. Arlustria telah
kehilangan rajanya, Edward dan Anastasia juga telah kehilangan tahtanya.
Anastasia bersama penduduk muslim Evasia mengangkat bilah pedang cuba
menuntut kemenangan di medan perang.
Walaupun tanpa seorang suami di sisi, Anastasia yakin dia bisa menuntut bela tanah
Arlustria.
Nyawa menjadi taruhan, agama menjadi pegangan. Itulah jalan jihad yang diambil
seorang Anastasia, darah yang membasahi bumi menjadi saksi nilai kehambaannya
pada Yang Esa.
Mampukah dia memenangi peperangan ini walaupun tanpa seorang Edward yang
menemaninya?
Dan ke manakah suaminya itu pergi menghilangkan diri? Siapakah yang telah
membelot empayar yang gah ini? Dan… siapakah identiti sebenar si ibu tiri?
Mampukah juga seorang Anastasia menaikkan nama Islam di dalam empayar tidak
bertuhan ini? Akankah alunan azan akhirnya bernaung di segenap pelosok bumi yang
berpijak di tanah Arlustria, sehingga ucapan takbir tidak lagi kedengaran asing pada
indera telinga?
Kisah yang diunikilkan kali ini bukan lagi berkisarkan tentang Cinderella dengan kasut
kacanya, bukan juga kisah si puteri yang bertemu dengan cinta sejatinya sehingga dia
menemui akhir yang bahagia di penghujung cerita. Klise, bukan?
Karna kisah yang dihiakayatkan kali ini berlandaskan kisah jihad seorang hamba
yang cuba menuntut bela maruah sebuah agama…
“Andai kisah dongeng Cinderella yang sering kau baca di buku cerita meraih penamat
yang ‘bahagia’, kenapa tidak si kakak tiri Anastasia?”