Akrab Associates Sdn Bhd
[AKRAB ASSOCIATES] Al Quran & Tadabbur: Tadabbur 114 Surah Dalam Al Quran
- Regular price
- RM 42.41
- Sale price
- RM 42.41
- Regular price
-
RM 49.90
Share
Tajuk: Al Quran & Tadabbur: Tadabbur 114 Surah Dalam Al Quran
ISBN: 9786299461425
Penulis: Dr. Shamsul Bin Mohd Nor
Penerbit: Akrab Associates Sdn Bhd
Muka Surat: 588
Halaman: Hitam Putih
Tahun Terbitan: 2026
Format: Softcover
Berat (kg): 0.87kg
Dimensi (cm): 2cm x 22cm x 15cm
SINOPSIS
kita hendaklah mempunyai ilmu yang tepat agar kefahaman mengenainya tidak sekadar berdasarkan akal semata-mata, la mestilah dirujuk kepada disiplin ilmu tafsir dan riwayat mengenainya. Para ulama dari zaman berzaman telah memberikan sumbangan yang sangat hebat dalam bentuk ilmu pengetahuan dan pemantauan demi untuk menjaga kemurnian Al-Qur'an daripada diselewengkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Buku yang bertajuk "AL-QUR'AN DAN TADABBUR" ini diharap menjadi sebahagian kecil dari usaha untuk menjaga Al-Qur'an dari diselewengkan tafsirannya mengikut kepentingan pihak-pihak tertentu. Al-Qur'an wajib dipelihara dan dijaga agar kemurniannya tetap terpelihara.
Penyelewengan terhadap AL-Qur'an telah muncul semenjak zaman para sahabat lagi sebagaimana pesanan baginda Rasulullah:
Maksudnya: "Akan muncul suatu kaum dari umatku yang pandai membaca Al-Qur'an. Di mana, bacaan kamu semua tidak setanding jika dibandingkan dengan bacaan mereka. Demikian pula solat kamu semua tidak sebanding daripada solat mereka. Juga puasa mereka juga tidak terbanding dengan puasa kamu semua (disebabkan banyak bilangan rakaat dan hari berpuasa). Mereka membaca Al-Qur'an dan mereka menyangka bahawa Al-Qur'an itu adalah (hujjah) bagi mereka, namun ternyata Al-Qur'an itu adalah (bencana) ke atas mereka. Solat mereka tidak sampai melewati batas tenggorokan. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah meluncur dari busurnya." [Riwayat Muslim]
Demikian fitnah yang berlaku pada Al-Qur'an dan Islam di akhir zaman sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis di atas. Kita berhadapan bukan sahaja dari musuh-musuh di luar Islam tetapi juga musuh-musuh dari dalam lingkungan Islam itu sendiri. Oleh itu, untuk selamat perlulah kita berjalan di atas manhaj yang ditetapkan oleh para ulama Islam khususnya ahli sunnah wal Jamaah dengan menetapkan disiplin keilmuan khususnya hal-hal yang berkaitan dengan Al-Qur'an. Diharapkan semoga buku ini dapat membantu umat Islam dalam menghayati Al-Qur'an dan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan serta membawa kepada kefahaman yang benar.