[AKSARALYA EPILOGUE] Story Of Us (Softcover) (L142,Y42)
- Regular price
- RM 48.60
- Sale price
- RM 48.60
- Regular price
-
RM 54.00
Share
Tajuk: Story Of Us
ISBN: SOU2026
Penerbit: Aksaralya Epilogue
Muka Surat: 530 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Queenz Isya
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.638 kg
Dimensi (cm): 14.9 cm x 3.8 cm x 20.8 cm
SINOPSIS
Prestige International High School.. di sinilah kisah mereka bermula. Sebuah sekolah elit yang menjadi saksi kepada episod suka, duka, jatuh, bangun, pengkhianatan dan perjuangan tahun terakhir mereka sebagai pemimpin tertinggi pelajar.
Tengku Dyana Zatira dan Tengku Hafley Daniel, dua nama besar yang sudah saling mengenali sejak kecil, dari tadika hingga ke sekolah tinggi. Namun, hari-hari mereka jarang sekali berlalu dengan aman. Setiap masa ada sahaja yang menjadi punca mereka bercakaran.
Frenemies.
Itulah perkataan paling tepat menggambarkan hubungan mereka berdua. Dari kecil hingga remaja, pertengkaran seolah-olah menjadi rutin. Namun, apabila melibatkan soal disiplin dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar, mereka tahu tiada ruang untuk kesilapan.
“I’m your head prefect. Whatever happens in this school is my responsibility.” – Tengku Hafley Daniel
“Huh.. fine. Kau nak handle sangat kan? Go on. Aku pun tak nak tengok muka kau.” – Tengku Dyana Zatira
Namun, tanpa mereka sedar, di sebalik perbalahan itu ada yang tinggi, sebenarnya mereka saling memerlukan. Hafley mungkin menjengkelkan di mata Dyana, tetapi dialah orang yang paling memahami gadis itu tanpa perlu dia meluahkan sepatah kata pun.
“Dy..” – Tengku Hafley Daniel
“Kita makan dulu, okay?” – Tengku Hafley Daniel
“Nak mana…” – Tengku Dyana Zatira
Di mana ada Dyana, di situ ada Hafley. Lelaki itu sentiasa menjadi bayang yang melindungi, menemani dalam pahit dan manis kehidupan remaja. Namun, Prestige High bukan sekadar pentas bagi Dyana dan Hafley. Di sinilah bermula kisah persahabatan yang diuji, cinta yang hadir tanpa diduga, pengkhianatan yang melukai, dan perjuangan setiap daripada mereka dalam mencari erti sebenar kepercayaan dan keberanian.