Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
[DBP] Anak Tanjung: Sasterawan Negara Noordin Hassan - Edisi Malaysia Membaca (L185)
- Regular price
- RM 8.50
- Sale price
- RM 8.50
- Regular price
-
RM 10.00
Share
Tajuk: Anak Tanjung: Sasterawan Negara Noordin Hassan - Edisi Malaysia Membaca
ISBN: 9789834926083
Penulis: Sasterawan Negara Noordin Hassan
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Muka Surat: 189 m/s
Halaman: Hitam Putih
Tahun Terbitan: 2023
Format: Paperback
Berat (kg): 0.15 kg
Dimensi (cm): 1 cm x 21 cm x 14 cm
SINOPSIS
Anak Tanjung karya Noordin Hassan merupakan sebuah drama yang berlatarkan sejarah Tanah Melayu merangkumi zaman penjajahan Inggeris, zaman pendudukan Jepun, kedatangan semula kuasa Inggeris hinggalah kepada pencapaian kemerdekaan, yang dihidupkan dalam satu panorama yang menarik. Karya ini dianggap sebagai sebuah penjelasan dan pengukuhan kepada bentuk teater Noordin Hassan yang luar biasa dan sukar ditandingi oleh dramatis lain. Anak Tanjung sesungguhnya ialah sebuah drama yang begitu canggih dan membolehkan pelbagai interpretasi dan analisis. Drama ini dibahagikan kepada 47 bahagian atau struktur. Drama bermula dengan perbualan antara Qadir yang telah mengangkat dirinya sebagai seorang Mahaguru untuk kumpulan agama “Qadiri Petala Tujuh” dengan Apandi, seorang pengikut yang sungguh setia, dan seorang watak lagi yang dipanggil dengan nama Pak Lang. Mereka sedang berbincang bagaimana mendapatkan ahli-ahli yang baharu. Struktur dua hingga empat menyerlahkan kedatangan seorang mahasiswa, Siti, yang datang ke Kampung Paya Kaloi untuk membuat penyelidikan untuk latihan ilmiahnya. Struktur lima hingga struktur 43 pula memperihalkan persembahan “drama dalam drama” yang dikenali dengan tajuk “Dinding dan Pasung”.
“Drama dalam drama” ini menyerlahkan beberapa episod sejarah Malaya yang penting. Ini termasuklah penjajahan Inggeris, pemberontakan Tuk Janggut, pemerintahan Jepun, serta kedatangan semula kuasa Inggeris sebelum Malaya menjadi negara yang merdeka. Bahagian “drama dalam drama” ini memaparkan satu panorama pembenangan watak pelbagai bangsa yang menyerlahkan kebaikan dan keburukan, watak penderhaka dan nasionalis, watak yang mementingkan diri mereka dan watak yang sentiasa berkorban untuk nusa dan bangsa. Watak-watak ini termasuklah orang Melayu, Cina, Inggeris dan Jepun. Struktur 44 hingga 47 membawa kita kembali kepada watak Qadir yang sesungguhnya menjadi pengikut kumpulan dakwah songsang. Drama berakhir dengan watak Habibah, kakak ipar Qadir, yang berada di tepi pantai menunggu kepulangan suaminya. Pembaca tahu bahawa suaminya tidak mungkin akan pulang kembali, tetapi pengakhiran drama ini masih tetap menyerlahkan mesej bahawa manusia tidak boleh berputus asa, sebaliknya mesti sentiasa mempunyai harapan walaupun keadaan itu benar-benar sia-sia dan hampa.