• 1
  • 2
  • 3
1

Fajar Pakeer

[FAJAR PAKEER] Carnival Game

Regular price
RM 28.05
Sale price
RM 28.05
Regular price
RM 33.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Carnival Game

ISBN: 9789838223904

Penulis: Ken Hendri

Penerbit: Fajar Fakeer

Muka Surat: 667

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.52kg

Dimensi (cm): 3cm x 18m x 11cm



SINOPSIS

Permainan ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pentas di mana setiap langkah adalah jemputan kepada maut. "Selamat datang ke Carnival Game, wahai tetamu tidak diundang. Di sini, masuk adalah percuma, tapi selepas tiga permainan... kamu perlu bayar dengan Tiket Emas." - Joker

Kaven hanya menginginkan sebuah percutian singkat bersama rakan-rakannya. Namun, percutian itu bertukar menjadi mimpi ngeri dan jeritan yang tidak pernah benar-benar hilang.

Didorong dendam yang membakar, Kaven kembali menjejakkan kaki ke tapak Carnival Game, karnival misteri yang dipercayai menyimpan jawapan di sebalik kematian Luna dan Rafi. Namun, langkah itu menjerumuskannya ke dalam perangkap bersama 13 pemain lain, dalam permainan maut selama tujuh malam berturut-turut.

Peraturannya mudah, kumpulkan Tiket Emas untuk memenangi ganjaran 10 Juta USD dan pastikan diri tidak menjadi mangsa hukuman badut-badut yang sentiasa menanti dalam gelap.

Setiap pemain diberikan peranan dan kebolehan berasaskan kad-kad Tarot, kuasa yang mampu mengubah nasib, atau menghancurkan jiwa mereka sendiri.

"Bila bunuh orang atas nama dendam, kau cuma cipta satu lagi rantaian kebencian baru. Benda tu akan berulang dan terus berulang." - Aria

"Menyedihkan, sungguh menyedihkan. Kau dah melihat masa lalu karnival. Kau dah langgar peraturan tersembunyi dan malam ini... aku akan hapuskan kau." - Sorrow

"Kau tak boleh lari ke mana-mana lagi, The World... will punish you!" - Kaven

Tetapi, siapakah sebenarnya dalang di sebalik Carnival Game? Dan apabila tirai terakhir disingkap, siapakah yang akan berdiri sebagai pemenang dan siapakah yang hanya akan tinggal sebagai nama pada batu nisan?

Di sebalik lampu karnival yang berkelip indah, tersembunyi rahsia busuk yang dibina atas darah dan ketakutan, di mana nyawa manusia hanyalah mainan murahan untuk memuaskan kerakusan mereka.

"Kau orang hanya tikus makmal yang diletakkan dalam ni untuk dia orang tengok kau orang membunuh sesama sendiri."