Fajar Pakeer
[FAJAR PAKEER] Mafia Game : Mereka Menipu Untuk Hidup (L113,BL107)
- Regular price
- RM 23.40
- Sale price
- RM 23.40
- Regular price
-
RM 26.00
Share
Tajuk: [FAJAR PAKEER] Mafia Game : Mereka Menipu Untuk Hidup
ISBN: 9789838223706
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 388 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Ken Hendri
Tahun Terbitan: 2026
Format: Softcover
Berat (kg): 0.31 kg
Dimensi (cm): 1.8 cm x 18.2 cm x 11.5 cm
SINOPSIS
Apabila permainan bermula, tiada siapa lagi boleh mempercayai sesiapa. Demi merebut hadiah bernilai 10 juta USD, para peserta dipaksa memasuki sebuah permainan maut dengan peranan masing-masing: Villager, Protector, Detective dan Mafia. Namun, tanpa mereka sedari, keputusan untuk menyertai permainan itu telah mengikat nyawa mereka dalam pertarungan hidup dan mati.
Setiap undian menjadi senjata. Setiap kata-kata boleh menjadi perangkap. Pemain yang menerima undian terbanyak akan disingkirkan, bukan sekadar daripada permainan, tetapi daripada kehidupan. Dalam dunia yang penuh tipu daya ini, kebenaran bukan lagi pelindung, sebaliknya boleh menjadi alasan untuk membunuh.
Apabila pengkhianatan mula terbongkar dan setiap pemain semakin terdesak untuk bertahan, mereka perlu memilih sama ada menjadi pemburu atau terus menjadi mangsa. Di pentas permainan yang penuh lakonan, hanya yang paling licik, kejam dan bijak membaca musuh mampu bertahan hingga ke penghujung.