FAUZI HUSIN
[FAUZI HUSIN] Membanteras Jenayah Rasuah: Perjuangan Bermula Dalam Pendidikan
- Regular price
- RM 34.00
- Sale price
- RM 34.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Tajuk: Membanteras Jenayah Rasuah
ISBN: 9789671644485
Penulis: Datuk Mohamad Fauzi Husin
Penerbit: Mohamad Fauzi Husin
Muka Surat: 264
Halaman: Hitam Putih
Tahun Terbitan: 2026
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.42kg
Dimensi (cm): 1cm x 22cm x 15cm
SINOPSIS
Perlakuan jenayah rasuah tidak bermula di pejabat kerajaan atau korporat. Ia bermula lebih awal, dalam hati yang lemah dan nilai yang tidak diperkukuh. Buku ini menegaskan bahawa sekolah dan institusi pengajian tinggi ialah barisan hadapan dalam membentuk generasi yang berani menolak perbuatan jenayah rasuah. Sistem pendidikan bukan hanya tentang ilmu, tetapi medan membina integriti, amanah, keberanian dan tanggungjawab.
Buku ini banyak menghuraikan mengenai integriti dan jenayah rasuah. Antaranya memperkenalkan pelajar kepada asas-asas penting mengenai jenayah rasuah, iaitu definisi dan konsepnya menurut agama dan undang-undang, bentuk dan polanya, punca dan faktor yang mendorongnya, serta kesan buruk yang merosakkan individu, masyarakat dan negara. Ia juga menerangkan cara melaporkan rasuah dengan selamat serta perlindungan yang tersedia kepada pemberi maklumat.
Sekolah, universiti, guru, pensyarah dan ibu bapa memainkan peranan besar dalam memutuskan rantaian jenayah rasuah sebelum ia menjadi budaya. Generasi muda mesti dididik untuk berani
berkata tidak kepada jenayah rasuah, walaupun tiada siapa melihat. Buku ini adalah seruan agar pelajar bangkit sebagai barisan hadapan integriti, iaitu pembina masa depan negara, bukan pewaris budaya rasuah.