Firdaus Press
[FIRDAUS PRESS] Petronas Tepi Highway (L106)
- Regular price
- RM 10.80
- Sale price
- RM 10.80
- Regular price
-
RM 12.00
Share
Tajuk: Petronas Tepi Highway
ISBN: 9786297706054
Penerbit: Firdaus Espress
Muka Surat: 79
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Khairul Aswad Ramli
Tahun Terbitan: 2024
Format: Softcover
Berat (kg): 0.16kg
Dimensi (cm): 1cm x 18cm x 12cm
SINOPSIS
"Tolong ... jangan ganggu aku!"
KISAH ini berlaku sekitar tahun 90-an, ketika aku masih belajar di sekolah menengah. Waktu menceritakan kisah menyeramkan ini kepada aku dan arwah ayah, muka Abang Samad berpeluh-peluh.
Tangannya masih menggigil sampaikan kami boleh melihat garfu yang dia gunakan untuk mencucuk cebisan roti canai bergoyang-goyang waktu dia bawa garfu itu ke mulut.
Abang Samad cerita, inilah malam pertama dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen minyak dan malam ini jugalah akan menjadi malam terakhir dia melakukan pekerjaan tersebut. Kesannya terlalu mendalam walaupun Abang Samad bukanlah seorang lelaki yang penakut.
Buat pengetahuan semua, stesen minyak itu masih berdiri teguh hingga ke hari ini. Malah, persekitarannya juga tidak banyak berubah berbanding 30 tahun yang lepas.