Fortunelle
[FORTUNELLE] Berikan Aku Peluang Itu (L101,Z3)
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 50.00
Share
Tajuk: Berikan Aku Peluang Itu
ISBN: 9786299475903
Penerbit: Fortunelle Editions
Muka Surat: 425 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Ameylia Nuraina
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 1.20 kg
Dimensi (cm): 3 cm x 21 cm x 15 cm
SINOPSIS
Berkahwin?
Bina rumah tangga?
Keluarga?
Oh, tidak! Bukan dalam bayangan dan rancanganku sama sekali.
Lelaki? Tak. Bukan keutamaanku.
Cinta? Oh, mengarutnya!
Namun, siapalah aku, manusia kerdil mahu menidakkan— rancangan dari-Nya?
Rombongan risik dan meminang yang datang, aku terima dengan hati yang terbuka. Prinsip yang selama ini— No man in my life’, goyah dan padam begitu sahaja daripada dalam hidupku, seorang Nur Hana Imani yang pernah bersumpah untuk tidak jatuh cinta lagi dengan mana-mana lelaki.
Namun, siapa sangka, akhirnya aku terperangkap dengan kebodohan sendiri. Undur masa? Undur diri? Oh— andai sahaja aku boleh buat begitu!
Mahu lari, sudah terikat dengan ikatan suci.
Mahu menyesal, nasi sudah menjadi bubur.
Hati yang aku simpan lukanya, kini berdarah kembali.
“Berikan saya peluang untuk beri awak bahagia, Hana.”
Peluang untuk bahagia?
Mampukah aku, untuk berikan itu?