• WHITE BACKGROUND F (1)
  • WHITE BACKGROUND F
  • WHITE BACKGROUND F (2)
1

HA NOVEL

[HA NOVELS] Aku Untuk Dia: Commando's Hidden Love (L113)

Regular price
RM 40.50
Sale price
RM 40.50
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Aku Untuk Dia: Commando's Hidden Love

ISBN: 9786297944081

Penerbit: HA Novels

Muka Surat: 507 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Miss Mysterious

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 1.2 kg

Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm


SINOPSIS


Huda Dahlia hanyalah gadis miskin penjual nasi lemak, dibesarkan dengan kasih sayang atok yang cacat dan nenek yang uzur. Dia mengimpikan kebahagiaan sederhana dan percaya Faizal mampu memberikannya... namun segalanya musnah pada hari pernikahan apabila lelaki itu tidak muncul, meninggalkan hanya fitnah yang menghina maruahnya.

 "Siapa nak kahwin dengan perempuan kotor macam kau ni?!"

Di saat Huda dihina tanpa belas kasihan, seorang lelaki muncul sebagai penyelamat.

 "Saya akan menikahi Huda Dahlia."

Leftenan Komander Muhammad Hud memilih untuk melindungi Huda, walaupun sedar risiko besar yang bakal ditanggung. Namun kehadirannya bukan mudah diterima. Luka lama dan keraguan membuatkan Huda membina tembok, sementara perkahwinan mereka bermula tanpa cinta.

 "Tipu. Saya tak percaya awak."

 "Take your time, cinta. Aku akan tunggu kau."

Apabila Muhammad Hud berangkat menjalankan misi rahsia yang berbahaya, Huda terperangkap dalam derita di tangan bapa mentua, tanpa pembelaan. Namun setiap kali dia jatuh ke titik paling rendah, Muhammad Hud kembali ia bukan sekadar penyelamat, tetapi perisai setia yang tidak pernah meninggalkannya.

Dalam dunia penuh pengkhianatan dan derita, mampukah Huda Dahlia membuka hati untuk Muhammad Hud, lelaki yang tidak pernah gagal menjadi pelindungnya?