• WHITE BACKGROUND F
  • WHITE BACKGROUND F (1)
  • WHITE BACKGROUND F (2)
1

HA NOVEL

[HA NOVELS] Semanis Cinta Aurora (L130)

Regular price
RM 40.50
Sale price
RM 40.50
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Semanis Cinta Aurora

ISBN: 9786297944029

Penerbit: HA Novels

Muka Surat: 510 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: WNFHANNA

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 1.2 kg

Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm


SINOPSIS


Aurora Salwa datang untuk sebuah temuduga tetapi pulang dengan satu tawaran yang menguji maruah dan egonya. Siapa sangka, Khalis Akhtar, lelaki dingin di sebalik kuasa dan pemegang jawatan tinggi di Akhtar Group Holding menawarkan posisi yang langsung tidak setaraf dengan kelayakannya.

“What?! Tea lady?” — AURORA SALWA

“Take it or leave it.” — KHALIS AKHTAR

Di antara harga diri dan keperluan hidup, Aurora tiada pilihan. Dia tersepit namun pekerjaan itu terlalu penting demi keluarga dan masa depannya. Dan bermulalah segalanya...

“Kopi apa kau buat ni?! Tak sedap langsung!” — KHALIS AKHTAR

“Mungkin sebab encik lupa nak baca bismillah tadi.” — AURORA SALWA

Di mata Khalis, Aurora sentiasa serba tidak kena. Apa sahaja yang dilakukan pasti ada cacat celanya. Kebolehannya dipandang rendah, usahanya diperkecilkan.

Namun, sampai bila?

Adakah keputusan Aurora untuk terus bekerja di bawah lelaki itu akan menjadi penyesalan terbesar dalam hidupnya, atau tanpa sedar, membuka jalan kepada sebuah kisah semanis cinta yang tak pernah dirancang?