• 340
  • 341
  • 342
  • 343
1

HR Distributor

[HR DISTRIBUTOR] Mek Siah karya Izam Nor # (L18)

Regular price
RM 35.90
Sale price
RM 35.90
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Mek Siah

ISBN: 9786299893295

Penerbit: HR DISTRIBUTOR

Muka Surat: 463 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Izam Nor

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.411 kg

Dimensi (cm): 20.3 cm x 12.6 cm x 3.3 cm


SINOPSIS

TIGA tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang bersalut kulit, Mek Siah masih mempertahan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat.

Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya. Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran di waktu silam sering menghantui. Di dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya.

Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Di antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah.

Tidak disangka kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam di dalam diri Mek Siah. Sekali gus dendam itu telah menyeksa jasadnya.