Idea Kreatif
[IDEA KREATIF] Demi Satu Cinta (Y24)
- Regular price
- RM 22.95
- Sale price
- RM 22.95
- Regular price
-
RM 27.00
Share
Tajuk: Demi Satu Cinta
ISBN: 9789672803911
Penulis: Hunny Ow
Penerbit: Idea Kreatif
Muka Surat: 506 m/s
Halaman: Hitam Putih
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperbag
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi (cm): 2.5cm x 18cm x 11cm
SINOPSIS
Farrel dan Wara. Pertemuan mereka menjadi permulaan kisah yang rumit dan sarat dengan ujian. Wara sedar, dia tidak layak berdiri di sisi Farrel. Dia hanyalah seorang cleaner di kawasan Elite, sedangkan Farrel milik dunia yang terlalu tinggi untuk digapai.
“Wara, jalan ni mungkin asing untuk kau. Tapi, kau tak perlu tempuh sorang-sorang. Aku ada dengan kau.” - Farrel
Penerimaan Farrel cukup berbeza. Sejarah hidup Wara adalah sesuatu yang menarik untuk dia dekati wanita itu.
“Awak ni, suka muncul tiba-tiba. Suka buat saya terkejut.” - Wara
“Aku muncul pun sebab rindu. Salah ke?” - Farrel
“Kalau rindu, bagi tahu elok-elok. Ini tak, asyik muncul masa saya tengah tak bersedia aje. Macam hantu!” - Wara
“Kalau aku jadi hantu, kau akan takut atau rindu?” - Farrel
“Gila.” - Wara
Tanpa disedari, mereka serasi bersama. Saling menyokong dan saling memahami. Rasa cinta yang hadir, hanya mereka yang mengerti.
Namun bahagia yang hadir tidak pernah lama. Musibah datang satu persatu, dibakar oleh dendam yang disimpan dalam diam.
“Aku nak kau goda Farrel.” - Mizi
“Bayaran aku bukan murah.” - Bella
“Kau dekat mana? Wara kena culik!” - Lioara
Satu demi satu ujian menimpa. Fitnah, sihir dan kebencian bergabung menjadi senjata yang tidak mengenal belas kasihan.
“Abang sayang Wara. Hari ni, esok, dan sampai bila-bila.” Farrel
Mampukah dua jiwa yang luka bertahan dalam cinta yang penuh badai? Atau akhirnya, Wara dan Farrel hanyalah watak dalam kisah duka yang tidak pernah dijanjikan bahagia?