• WHITE BACKGROUND - 2026-08-13T161515.018
  • WHITE BACKGROUND - 2026-08-13T162350.769
  • WHITE BACKGROUND - 2026-08-13T162509.580
1

Idea Kreatif

[IDEA KREATIF] Mencari Sempurna (Y24)

Regular price
RM 27.20
Sale price
RM 27.20
Regular price
RM 32.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Mencari Sempurna

ISBN: 9789672803904

Penulis: Ella Affandy

Penerbit: Idea Kreatif

Muka Surat: 679 m/s

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperbag

Berat (kg): 0.52 kg

Dimensi (cm): 3cm x 18cm x 11cm


SINOPSIS

"Abang." Noura menyeru lembut. Pelukannya langsung tidak dilepaskan, malah makin erat tubuh Harraz dipeluk dari belakang

'Hana.." Suara Harraz bergetar hiba. Tangan

Noura yang melingkari leher dari belakang, disentuh 'Ya abang." Noura benamkan wajah ke sisi leher Harraz "I couldn't save her."

Harraz telan air liur payah. Semuanya terasa perit apabila memori tentang Hana menjengah. Saki? yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbuka luas tanpa boleh ditahan lagi

'Abang patut jawab call dia." "Abang patut jemput dia malam tu." "But I didn't."

Noura peluk Harraz makin erat. Dia turut sama rasakan keperitan dan kesedihan Harraz. Seolah-olah dia kenal Hana. Si bongsu yang hanya kekal pada nama "Hari ini genap dua tahun."

Tiba-tiba hati Noura menjadi sebak. Inikah sebabnya hal seremeh panggilan tidak dijawab menjadi punca kemarahan Harraz? Sebab Hana?

Noura usap belakang Harraz

"Kalau bunuh diri, tak masuk syurga, kan?'

Perlahan, namun pertanyaan Harraz itu cukup jelas Lidah Noura baqaikan dipaku. Soalan vana tak disangka menyinggah anak telinganya. Dipanggung sedikit kepala mencari wajah Harraz. Hati jadi berdebar Fikiran mulai memikirkan yang bukan-bukan

"Kenapa ni, abang?" Nada suara Noura cemas. Siapa saja yang boleh tenang jika pertanyaan begini ditanya insan yang disayangi?

Pelukan dilepaskan, Noura melurut duduk dan tangannya memaut paha Harraz. Didongak kepala memandang wajah si suami yang menunduk. Apabila duduk di bawah begini, barulah sedar raut keruh di wajat Harraz. Waiahnva merah dan pipi basah dengan air mata.

"Tak akan masuk syurga, kan?" soal Harraz lagi inginkar kepastian, walaupun sebenarnya dia sudah tahu jawapannya.

Noura masih kelu hendak menjawab