[KARANGKRAF] Musafir Menuju Allah (Edisi Kemas Kini) (L116, BL127)
- Regular price
- RM 33.30
- Sale price
- RM 33.30
- Regular price
-
RM 37.00
Share
Tajuk:Musafir Menuju Allah (Edisi Kemas Kini)
ISBN: 9789678610810
Penerbit: Karangkraf
Muka Surat: 412 m/s
Halaman: Hitam Putih dan Berwarna
Penulis: Dato Dr. Abd Basit Abd Rahman
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.615 kg
Dimensi (cm): 16.5 cm x 3.1 cm x 23.3 cm
SINOPSIS
Kita hanyalah musafir di dunia ini, berjalan seketika di bumi yang tidak abadi. Setiap langkah akan terhenti apabila tiba saatnya diri dijemput pulang oleh Ilahi. Ketika itu, dunia tidak lagi bermakna kerana hakikatnya ia hanyalah persinggahan, sedang akhiratlah destinasi yang kekal selama-lamanya.
Dalam setiap hela nafas dan denyut kehidupan, biarlah hati ini terus hidup dengan keimanan dan keyakinan bahawa suatu hari nanti kita akan bertemu Rabbul Izzati. Di situlah kemuncak segala perjalanan, saat jiwa yang mencari akhirnya disambut dengan kasih dan redha-Nya.
Buku Musafir Menuju Allah membimbing kita mengenal semula makna perjalanan hidup. Ia menghimpunkan 10 jalan menuju cinta dan kasih Allah, sebagaimana dihuraikan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Naskhah ini mengajak kita mencari cinta Allah tanpa jemu. Biar jalan yang dilalui berliku, biar onak dan duri menghiasi setiap langkah, namun jangan pernah mengalah. Kerana cinta Allah itu terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata. Hanya hati yang rindu mampu merasainya.