• WHITE BACKGROUND th (12)
  • WHITE BACKGROUND F
  • WHITE BACKGROUND F (1)
  • WHITE BACKGROUND F (2)
  • WHITE BACKGROUND F (3)
1

karya bestari

[KARYA BESTARI] Sembuh Dengan Kalam Tuhan (L104,PY10)

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Sembuh Dengan Kalam Tuhan

ISBN: 9789678610841

Penerbit: Karya Bestari

Muka Surat: 280 m/s

Halaman: Berwarna

Penulis: Ustaz Mohamad Zarifi

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.71  kg

Dimensi (cm):  2 cm x  22 cm x  14 cm


SINOPSIS


Sembuh Dengan Kalam Tuhan ialah sebuah naskhah refleksi jiwa yang mengajak pembaca kembali kepada Allah melalui keindahan dan kekuatan ayat-ayat al-Quran. Ia menghimpunkan tadabbur ayat-ayat pilihan yang menyentuh hati manusia saat diuji, ketika rasa hilang arah, dilanda sakit, kecewa dan keletihan dalam kehidupan.

Disusun dengan perjalanan yang perlahan dan mendalam, buku ini membawa pembaca daripada pencarian Tuhan, kepada pembersihan jiwa, seterusnya menuju ketenangan yang hakiki. Ia mengingatkan bahawa setiap ujian yang hadir bukanlah sekadar hukuman, tetapi tanda kasih sayang Allah untuk menghapus dosa, mengangkat darjat dan mendekatkan hamba kepada-Nya.

Dengan bahasa yang lembut dan penuh pengharapan, buku ini hadir sebagai teman yang memeluk jiwa. Ia menemani mereka yang sedang mencari makna dalam kesakitan, yang merindukan ketenangan, dan yang hampir putus asa. Di setiap halaman, pembaca akan menemukan satu kebenaran yang menenangkan bahawa penyembuhan sebenar bermula apabila hati kembali kepada Kalam Tuhan.